Tuesday 16 July 2013

Siri 5: Tauhid Uluhiyyah



Assalamualaikum wrt

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Yang Maha Pentadbir lagi Maha Berkuasa, segala puji bagi Tuhan sekelian alam.selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhamad saw dan ahli keluarga baginda.

Sahabat sekelian, apabila kita mengakui tiada Tuhan Yang Layak disembah melainkan Allah, sayugialah kita mengakui apa sahaja yang datang dari Allah adalah benar belaka tiada yang kurang walau sedikitpun.

Sehubungan itu, kita kena bulatkan kehidupan kita hanya kerana Allah semata2 sama ada kita suka atau kita tidak suka, kita tidak diberi pilihan untuk menolak sesuatupun yang datang kepada kita, malah kita tidak mampu pun untuk menolakpun.

sebagai bukti kita mengakui tiada Tuhan yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi, maka sewajibnya kita akur segala perintah Allah dalam semua bentuk arahan contoh dalam bidang ekonomi; larangan riba, judi, penipuan, rasuah, manipulasi, monopoli. Dalam bidang sosial: cara bergaul, cara berhibur, cara berkomunikasi, batas2 aurat, dalam bidang perundangan: hudud, qisas, takzir, diyat, dalam bidang politik: ciri negara islam, ciri pemimpin , tanggunjawab pemimpin dan sebagainya. Semuanya termaktub dengan jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Kita wajib berpegang kepadanya dan kita wajib menyokong serta bersama dengan orang2 yang membela agama dan memperjuangkan agama. Kita akan ditanya diakhirat nanti manakah peranan kita sebagai orang Islam yang mengakui Tiada Tuhan selain Allah tetapi dalam masa yang sama kita menyokong, membenarkan malah membela golongan2 yang munafik sebagaimana maksud firman Allah seperti berikut:

"Dan tolong-menolonglah kamu dlm (mengerjakan) kebajikan & takwa, & jangan tolong-menolong dlm berbuat dosa & pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya" [al-Mâidah/5:2]

Atau adakah mata kita, hati kita dan pendengaran kita telah ditutup oleh Allah kerana kita lebih mencintai dunia dari mencintai Allah dan Rasul serta ajaranNya sehingga kita tidak mempedulikan kalimat sahadat yang kita lafaz sebagai janji dan ikrar untuk taat dan patuh atas segala yang datang dari Allah SWT. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
(Al-Baqarah 2:7)

Berdasarkan ayat ini, kita hanya menyokong Islam apabila Islam itu memberi kesenangan kepada kita dan kita akan menolak Islam apabila islam itu menyusahkan kita, menganggu kehidupan kita, menyekat kebebasan kita. Malah kita menyokong orang2 yang menghina ajaran islam, menghina al-Quran dan sunnah nabi Muhamad saw. 

sahabat sekelian, mana janji dan ikrar kita bahawa tiada Tuhan yang layak disembah, dipatuhi, ditaati, yang Maha Pencipta, Maha pentadbir, Maha perencana, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Kita bukan sahaja tidak mengakui bahawa Allah itu Maha Sempurna malah kita bersama2 dengan golongan yang menafikan Allah itu Maha Sempurna. Inilah yang dikata, barang siapa yang menolak tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyah adalah sesat dan menyesatkan.

Akhirnya sahabatku, Allah pateri hati kita, pendengaran kita, mata kita sehingga kita buta mata hati, keras hati malah enggan bersama2 dengan golongan yang membela agama Allah kerana kita rasa pegangan kita sudah cukup betul dan benar di sisi Allah SWT. Siapa kita untuk mengatakan kita ini benar jika rujukan kita bukan al-Quran dan Assunnah Rasulullah saw sebagaimana maksud firman Allah

"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumu'ah 62:2)

Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber perundangan Islam dan ajaran Islam untuk mengeluarkan kita dari fahaman2 yang sesat. maka dalamilah ajaran Islam dengan bersungguh2 supaya kita memiliki akidah yang kental, yang mengesakan Allah semata2 dalam semua perkara. Sebagaimana janji kita" sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, tidak ada sekutu bagiNya, demikianlah aku diperintahkan, sesungguhnya aku ini muslimin". 

sekian. wassalam.

No comments:

Post a Comment