Thursday 20 August 2015

Soalan Latih Tubi SPM Tasawwur Islam

KONSEP KETUHANAN
1.       (a)    (i)     Apakah maksud Rububiyah
              (ii)     Nyatakan konsep Rububiyah
              (ii)     Apakah maksud fitrah beragama
              (iv)    Senaraikan empat ciri orang yang berpegang dengan Islam

2.       (b)     (i)   Terangkan dua peranan agama Islam dalam pembangunan tamadun manusia
               (ii)   Nyatakan dengan memberi contoh tiga cara manusia mencintai Allah SWT.


KONSEP KERASULAN
1.       (a)    (i)     Jelaskan dua peranan mukjizat rasul
              (ii)     Nyatakan pengertian rasul
              (iii)    Jelaskan dua peranan rasul



KONSEP INSAN


1. (a) (i)   Apakah maksud insan
         (ii)  Terangkan keistimewaan Insan
         (ii) Merenung dan memikirkan kejadian manusia dapat memberi banyak hikmah.
              Terangkan dua hikmah tersebut?


KONSEP ALAM

1. (a) Alam terbahagi kepada beberapa bahagian;
           (i) Nyatakan bahagian alam beserta contoh
          (ii) Terangkan dua cara pemuliharaan alam sekitar

(b) Alam terbahagi kepada dua iaitu alam ghaib dan alam musyahadah
          (i) Apakah maksud alam ghaib
         (ii) Nyatakan dua contoh alam ghaib
        (iii) Senaraikan empat cara memelihara alam musyahadah

(c) “kejadian tanah runtuh merupakan peringatan Allah SWT kepada manusia supaya mengurus alam        dengan baik”
       Huraikan dua punca berlakunya kejadian tersebut.


KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL

1. (a) (i) Jelaskan dua keistimewaan al-Quran
        (ii) Terangkan dua cara Islam menjamin kesempurnaan akal
        (iii) Terangkan dua ciri keunggulan Islam
        (iv) Huraikan dua hujah yang menunjukkan Islam sebagai agama samawi

(b) Terangkan dua kesan beramal dengan ilmu tanpa berpandukan wahyu
(c) Akal berkemampuan untuk membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah SWT
        (i) Terangkan dua ciri akal
       (ii) Senaraikan empat perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal tanpa bimbingan wahyu


2. (a) “sesungguhnya agama (ad-Din) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran:19)”
         (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad-Din
        (ii) Nyatakan dua sebab Islam diterima sebaga agama yang diredai di sisi Allah SWT.

   (b) Islam membahagikan ilmu kepada ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.
        (i) Nyatakan maksud ilmu fardu ain
       (ii) Senaraikan empat faedah anda mempelajari ilmu fardu kifayah
       (iii) Terangkan dua peranan akal kepada manusia
       (iv) Bagaimanakah anda mensyukuri nikmat akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT.


3. (a) (i) Senaraikan empat ciri agama samawi
         (ii) Terangkan dua cara beriman dengan agama samawi
         (iii) Senaraikan dua ciri agama budaya
         (iv) Terangkan dua sebab agama budaya tidak diterima oleh Allah SWT
         (v) Terangkan dua ciri keistimewaan Islam


(b)  (i) Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. 
          Jelaskan dua hikmah cara penurunan tersebut.
      (ii) Terangkan keistimewaan Islam.
     (iii) Nyatakan dua bukti kebenaran ajaran Islam
     (iv) Terangkan tiga cara bersyukur dengan nikmat akal.
     (v)   Nyatakan empat bukti al-Quran sebagai wahyu daripada Allah swt.


4. (a) (i) Terangkan dua cara wahyu diturunkan kepada Rasululullah saw
         (ii) Apakah maksud ilmu fardu kifayah
         (iii) Senaraikan empat contoh ilmu fardu kifayah.
         (v) Terangkan dua cara berfikir yang menepati syarak.


BIMBINGAN AL-QURAN


1. (a) (i) Nyatakan dua ciri yang menunjukkan al-Quran sebagai kitab yang lengkap.
         (ii) Nyatakan empat contoh pemikiranyang bercanggah dengan hukum syarak.


BIMBINGAN HADIS

1. (a) (i) Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam. 
              Beri hujah anda.
         (ii) Terangkan dua peranan hadis sebagai penjelas kepada al-Quran.


PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN

1. (a) (i) Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan
               budaya kuning
         (ii) Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman
               budaya kuning
        (iii) Nyatakan dua contoh ajaran sesat
        (iv) Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam

(b) (i) Nyatakan dua contoh pengaruh asing yang bertentangan dengan islam
     (ii) Terangkan dua cara menjauhi pengaruh ajaran sesat
    (iii) Nyatakan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan ajaran Islam
    (iv) Nyatakan dua punca kelemahan umat Islam dalam menangani ancaman
           budaya asing.


RABBANIYYAH

1. (a) (i) Jelaskan dua prinsip Rabbaniyyah
        (ii) Terangkan dua kelebihan menghayati sifat Rabbaniyyah
        (iii) Jelaskan dua cara untuk menghayati sifat Rabbaniyyah.

  (b) Islam adalah agama langit (samawi) yang bersifat Rabbaniyyah.
        Nyatakan empat ciri agama langit


SYUMULIYYAH


1. (a) (i) Terangkan dua daripada prinsip Syumuliyyah
        (ii) Huraikan aspek syumuliyyah dalam bidang berikut;
                      a) Ekonomi
                      b) Sosial
       (iii) Jelaskan dua cara anda bermuamalat dalam bidang ekonomi menurut
              konsep syumuliyyah.

(b) (i) Terangkan dua contoh syumuliyyah dalam bidang ekonomi
     (ii) Jelaskan dua konsep syumuliyyah dalam bidang ekonomi.
    (iii) Apakah yang dimaksudkan dengan syumuliyyah


WAQI’IYYAH

1. (a) (i) Terangkan dua contoh kesederhanaan dalam ibadat menurut prinsip waqi’iyyah.
        (ii) Jelaskan tiga keistimewaan beribadat dengan berlandaskan prinsip waqi’yyah
       (iii) Islam agama praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia. 
              Terangkan pendapat anda untuk menyokong pernyataan di atas.
       (iv) Apakah maksud waqi’iyyah

(b) (i) Terangkan tiga cara mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan.
     (ii) “Kewujudan projek koridor raya multimedia adalah hasil pemikiran positif yang bersesuaian              dengan prinsip waqi’yyah. Kemukakan dua cara berfikir yang bersesuaian dengan prinsip                   waqi’iyyah untuk menjayakan projek tersebut.
    (iii) Terangkan dua prinsip waqi’yyah
    (iv) Huraikan dua hujah Islam mampu diamalkan oleh semua golongan manusia sebagaimana       
          dalam prinsip waqi;iyyah.


ALAMIYYAH


1. (a) (i) Antara hak asasi manusia yang terkandung dalam prinsip ‘Alamiyyah ialah
              memelihara  nyawa. Terangkan tiga cara Islam memelihara nyawa manusia.
        (ii) Jelaskan dua bukti yang menunjukan Islam mampu menjamin hak asasi manusia.
       (iii) Nyatakan empat hak asasi manusia yang dijamin oleh Islam

(b) Islam menuntut umatnya sentiasa melakukan kebaikan untuk mencapai kehidupan yang sejahtera.       Senaraikan empat sifat mulia bagi mencapai matlamat tersebut.


MURUNAH


1. (a) (i) ‘Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya     
               (kemampuannya)” al-Baqarah: 286. Berdasarkan maksud ayat di atas, terangkan dua hujah                   untuk menolak dakwaan bahawa ajaran Islam membebankan

       (ii) Islam memberi kelonggaran kepada orang yang sakit mengerjakan solat mengikut 
             kemampuannya. Kemukakan dua hikmah Islam memberi kelonggaran tersebut.


(b) “Amir hendak bermusafir dari rumahnya di Kuala Lumpur menuju ke London pada musim panas        akan datang”.

      (i) Nyatakan dua cara solat yang sesuai dilakukan oleh amir mengikut konsep murunah.
     (ii) Terangkan dua hikmah diberi kelongaran kepada Amir untuk melaksanakan solat dengan cara              tersebut.

(c) “Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya’ al- 
       Baqarah:286.
      (i) Terangkan dua contoh ibadat yang membuktikan bahawa Islam tidak membebankan umatnya              berdasarkan maksud ayat di atas.

     (ii) Dalam ajaran Islam terdapat perkara-perkara yang bersifat thabat (tetap) tidak boleh dipinda                prinsip dan pelaksanaannya. Terangkan dua perkara tersebut.



SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

1.(a) Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab dan amanah yangperlu dilaksanakan.
       (i) Senaraikan empat tanggungjawab pemimpin menurut Islam.
      (ii) terangkan dua akibat sekiranya pemimpin tidak melaksanakan tanggunjawab.
      (iii) Huraikan dua manfaat bagi pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kepimpinan di    
             sekolah

(b) (i) Jelaskan dua sebab rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna.
     (ii) Huraikan dua peranan orang yang berpendidikan dalam masyarakatnya.

(c) Perlembagaan Madinah yang digubal oleh Rasulullah saw telah melahirkan sebuah negara Islam        di Madinah.
     (i) Senaraikan empat ciri Negara Islam
    (ii) Jelaskan dua peranan Rasulullah saw sebagai pemimpin berdasarkan perlembagaan tersebut.
   (iii) Senaraikan empat ciri pemimpin menurut Islam

(d) (i) Senaraikan empat elemen penting dalam pembentukan negara Islam
     (ii) Jelaskan dua matlamat pembentukan Negara

No comments:

Post a Comment