Monday 8 July 2013

Menjawab Persoalan

Assalamualaikum wrt.

Sahabat sekalian

Soalan Pn Azriwati Shahdzul Bakri: Ramai x faham soal rezeki. Mereka kata, kita perlu berusaha utk dpt rezeki.

Jawapan:

Maksud firman Allah;" Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak2 supaya kamu berjaya "( al-Jumu'ah: 10)

Sabda Rasulullah SAW:' Tidak ada kebaikan kepada seseorang selain daripada dia memakan hasil usahanya sendiri. Dan sesungguhnya nabi Daud a.s memakan daripada hasil usaha tangan baginda sendiri" (Riwayat al-Bukhari).

Terdapat banyak lagi dalil yang menggalakkan umat Islam bekerja bersungguh2 untuk mencari rezeki. Hal ini tiada perselisihan ulama. Bekerja mencari rezeki adalah suatu yg mulia oleh AllahSWT, Rasul-Nya dan orang ramai,ia juga dikira sebagai ibadat berdasarkan syarat yg ditetapkan syarak dan satu kewajipan yg mestikan ditunaikan oleh setiap umat Islam. 

Memang betul, setiap umat Islam mesti berusaha untuk mendapatkan rezeki walaupun kita menyakini Allah itu Maha Pemberi rezeki. Allah telah tetapkan rezeki kita sejak dalam kandungan lagi sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

"Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, Rasulullah SAW orang yang benar dan dibenarkan, menceritakan kepada kami, “Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah, kemudian menjadi ‘alaqah selama empat puluh hari juga, kemudian menjadi mudhghah selama empat puluh hari juga. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya lalu ia meniupkan ruh kepadanya dan diperintah untuk menuliskan empat perkara: menuliskan rezeki, ajal dan amalnya, serta ia menjadi orang yang bahagia atau sengsara.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, mungkin ada pendapat mengatakan tidak perlu berusaha kerana Allah telah tetapkan rezeki kita. Jika kita berpegang kepada hadis ini tanpa kefahaman yg mendalam tentang tawakkal, qadak dan qadar Allah, maka didapati ia bercanggah, ini adalah salah kerana sifat hadis adalah menghuraikan al-Quran.

Mari kita lihat pula 4 tingkat rezeki dari Allah:
1. Rezeki yang dijamin oleh Allah swt untuk setiap makhluk, setiap makhluk ada rezeki masing2 yg telah ditentukan oleh Allah SWT.
2. Rezeki tingkat kedua adalah Allah akan memberikan rezeki kepada manusia dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Ertinya kalau ia bekerja dua jam, dapatlah hasil kerja yang dua jam itu, Jika dia bekerja lebih keras lagi maka, rezeki dia akan lebih banyak dan bertambah. Sebab Allah itu Maha Adil. Jika kita menggunakan segala kebijaksanaan kita, kepakaran kita, ilmu yg kita miliki, Maka Allah akan tambahi juga rezeki kita tetapi dibimbangi rezeki yang bertambah itu menjadi istidraj iaitu supaya kita semakin kufur kepada Allah dgn segala kekayaan dan kemewahan yg kita miliki.
3. Rezeki tingkat ketiga adalah rezeki yang "ditambah" oleh Allah swt. Inilah rezeki yang diberi kepada orang yang disayangi dan diinginkan oleh Allah swt. Kalau kita pandai mensyukuri pemberian Tuhan dan manusia, Allah akan tambahkan. Kita dapat merasakan kasih sayang Allah swt kepada kita, kerana rezeki dan kebahagiaan itu selalu ditambahkan. Bagaimana untuk mendapat rezeki yang sebegini, ialah dengan menggunakan segala akal, pancaindera, kebijaksanaan meneroka ilmu, alam, peluang secara kreatif dan kritis ke arah mendapatkan reda Allah semata2. Dengan mengamalkan matlamat, cara mendapatkan harta, cara mengurus harta, cara bekerja yg menepati kehendak syariat Islam dan mengagihkan harta kekayaan mengikut kehendak Allah SWT sebagai Pemberi rezeki kepada kita.
4. Rezeki ke empat
Allah berfirman; "Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga."
Ini berlaku kepada orang2 yang mempunyai keakraban yg tinggi dengan Allah SWT yang beriman dan bertaqwa. Sebagaimana yang berlaku kepada mariam a.s, Rabiatul Adawiah serta lain Ulama dan ahli sufi yg menjadi kekasih Allah SWT.

Kesimpulannya, bekerja mencari rezeki itu wajib tetapi mestilah menurut kehendak syariat Islam yg akan saya huraikan nanti dibahagian tajuk ekonomi Islam: harta dan pekerjaan. malah saya akan kaitkan sedikit dengan konsep tawakkal serta Qadak dan Qadar.

Mohon cukuplah sekadar itu, insha Allah jika perlu kupasan lanjutkan akan saya usahakan.

No comments:

Post a Comment