Tuesday 13 October 2015

Soalan Percubaan 2015


Tasawwur Islam
Kertas 2
OGOS
2015
2 ½ jam
SULIT
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015
SULIT 5226/2

Soalan 1 mesti dijawab , Kemudian jawab empat soalan daripada mana-mana soalan berikutnya

1. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan insan? [2 markah]
         (ii) Jelaskan dua keistmewaan insan.               [4 markah]

    (b) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan al-Quran? [2 markah]
          (ii) Terangkan dua keistimewaan al-Quran. [4 markah]

    (c) Ajaran sesat merupakan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh
         membawa umat Islam ke arah kemusnahan akidah.

        (i) Terangkan dua ciri ajaran sesat. [4 markah]
       (ii) Mengapakah terdapat segelintir umat Islam terpengaruh dengan ajaran sesat?
             [4 markah]

2. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Rabbaniyyah? [2 markah]
        (ii) Jelaskan tiga prinsip Rabbaniyyah. [6 markah]
       (iii) Terangkan tiga cara untuk menghayati sifat Rabbaniyyah. [6 markah]

   (b) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Syumuliyyah? [2 markah]
       (ii) Bagaimanakah cara untuk menghayati sifat Syumuliyyah dalam bidang ekonomi?
             [4 markah]


3. (a) (i) Senaraikan empat prinsip negara Islam. [4 markah]
        (ii)Terangkan tiga matlamat negara Islam.[6 markah]

    (b) Khalifah bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan betul dan amanah.
        (i) Senaraikan empat syarat untuk menjadi khalifah. [4 markah]
       (ii) Jelaskankan tiga perkara yang akan berlaku sekiranya khalifah tidak melaksanakan          
             tanggungjawab dengan betul. [6 markah]


4. (a) Harta merupakan anugerah Allah SWT. kepada manusia yang mesti di uruskan
         dengan mengamalkan sifat amanah.
        (i) Nyatakan empat konsep harta menurut Islam. [4 markah]
       (ii) Terangkan tiga kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta. [6 markah)

   (b) (i)  Nyatakan empat ciri pekerjaan yang digalakkan oleh Islam. [4 markah]
       (ii) Jelaskan tiga kebaikan pekerjaan yang halal.[6 markah]


5 .(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan fikah? [2 markah]
        (ii) Terangkan dua keperluan fikah dalam kehidupan seorang muslim. [4 markah]
       (iii) Jelaskan dua matlamat fikah terhadap umat Islam. [4 markah]

   (b) Ibadat merupakan tunjang keimanan kepada Allah SWT.yang wajib dilaksanakan
         oleh setiap muslim dengan sempurna.
       (i) Terangkan dua perkara yang boleh mengukuhkan ibadat seseorang. [4 markah]
      (ii) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kualiti ibadat? [6 markah]


6.(a) (i) Nyatakan empat sumber penyelesaian masalah menurut Islam. [4 markah]
       (ii) Mengapakah Islam mampu menyelesaikan semua masalah? [6 markah]

  (b) Doa merupakan senjata umat Islam yang mesti dilakukan dengan beradab.
       (i) Nyatakan empat adab berdoa. [4 markah}
      (ii) Bagaimanakah doa dapat membentuk insan yang mulia? [6 markah]


7. (a) Isu bunuh diri sering dipaparkan melalui media massa hari ini.
      (i) Huraikan dua cadangan anda untuk mengatasi masalah di atas? [4 markah]
     (ii) Jelaskan tiga kebaikan jika masalah di atas dapat di atasi. [6 markah]

(b) (i) Mengapakah terdapat segelintir umat Islam enggan mengeluarkan zakat?[4 markah]
    (ii) Bagaimanakah cara mendidik masyarakat supaya membayar zakat? [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment