Monday 8 July 2013

Siri 4: Tauhid Uluhiyyah

Assalamualaikum wrt.


Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad saw, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Sambungan kuliah kali ini adalah tentang Tauhid Uluhiyyah. Apabila kita telah mengakui dan menyakini dengan sebenar2nya Tauhid Rububiyyah iaitu kita telah meyakini bahawa Allahlah sahaja yang memiliki, mencipta, mentadbir, mengatur, merencana, melaksana dan berkehendak melakukan apa sahaja terhadap segala sesuatu makhluk yang ada di bumi dan dilangit , serta menyakini juga bahawa setiap makhluk tidak mempunyai sedikit kuasapun atas segala sesuatu.

Maka hasil daripada kefahaman dan keyakinan ini akan timbullah tauhid uluhiyyah di mana setiap makhluk wajib menyembah, taat, patuh, akur, kami dengar, kami taat tanpa sebarang persoalan terhadap segala perintah dan larangan Allah sebagai hamba yang diciptakan-Nya.

Pengertian Tauhid Uluhiyyah.

Maksud Tauhid Uluhiyyah ialah menyakini secara mutlak bahawa hanya Allah SWT sahaja yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi. Dalil wajibnya Allah SWT sebagai sembahan dalam setiap peribadatan kita sama ada ibadat umum atau ibadat khusus antara;

“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25) 

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun: 23)

“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)

Berdasarkan dalil di atas, semua zaman dan semua tempat diperintahkan oleh Allah SWT supaya hanya menyembah-Nya, tiada yang lain daripada-Nya. Ini sesuai dengan lafaz kalimah sahadat iaitu la ila ha illallah, bermaksud tiada illah (tuhan) yang layak di sembah selain Allah. Paksi Tauhid Uluhiyyah ialah mengucap dua kalimah sahadah dan barang siapa yang mengingkarinya dianggap sesat.

Tauhid Uluhiyyah adalah kesinambungan dengan tauhid Rububiyyah. Ironinya, jika sesiapa menyakini Tauhid Rububiyyah, maka sewajibnya akan menyakini Tauhid Uluhiyyah, kedua2 tauhid ini tidak boleh dipisahkan. jika kita yakin Allah yang memiliki kita, mentadbir kita, mencipta kita, maka adalah wajar sekali kita menyembah-Nya, mentaati dan mematuhi segala perintah dan larangan-Nya. Andai kata kita tidak menyembah, mentaati dan mematuhi apa sahaja yang datang dari Allah SWT, dapatlah dikatakan bahawa keyakinan mereka terhadap Allah yang Maha Pencipta, Maha Pentadbir dan Maha Miliki amat lemah sekali.

Jelas sekali kemurkaan Allah bagi manusia yang hanya berpegang kepada tauhid Rububiyyah semata2 dianggap kufur kepada-Nya sebagaimana dalil2 berikut;

Maksud Firman Allah:
“Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf:191)

“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl:17)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj: 73)

Demikianlah betapa lemahnya manusia yang tak mampu merampas sesuatupun yang telah diambil oleh hanya seekor lalat daripada kita, tetapi kita masih sombong dan anggkuh atas kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah SWT buat sementara sehingga enggan sekali menyembah Allah, mentaati segala perintah-Nya malah dengan sewenang2nya melakukan larangan2 Allah, memdabik dada akan kekuasaan kita, menafikan isi2 al-Quran dan al-hadis, menolak hukum2 agama dan sebagainya. Betapa zalimnya manusia kepada diri mereka sendiri.

sekian dulu, akan disambung lagi. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment