Fitrah
bermaksud "sifat semulajadi" yang ada pada setiap kejadian Allah s.w.t. Contoh matahari dengan sifat semulajadinya yang sentiasa bersinar, bulan pula dengan sifat semulajadinya, bumipun yang sentiapa berpusing di atas paksinya, setiap binatang memiliki sifat semula sifat semula jadi mereka sendiri, apabila keluar sahaja dari sifat semualajadi setiap kejadiannya, maka akan musnahkan setiap makhluk yang diciptakan allah ini dengan sifat semulajadi yang tersendri itu. Manakala maksud fitrah beragama pula ialah naluri semulajadi manusia yang mengakui
adanya Allah S.W.T. Setiap manusia, jauh di sudut hati mereka mengakui akan adanya Tuhan yang berkuasa mengatasi segala kuasa sebagaimana yang diceritakan dalam banyak ayat-ayat al-Quran antaranya;
"Dan
sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka (
yang musyrik) itu; Siapakah yang menurunkan hujan dari Langit, lalu Ia
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu
mereka akan menjawab "Allah". ( surah al-Ankabut:ayat 63)
Berdasarkan ayat di atas didapati bahawa semua manusia mengakui Allah
s.w.t itu Tuhan malah mereka berkata "Allah" apabila ditanya tentang
tuhan mereka sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas.
Penyataan ini diperkuatkan pula tentang kisah Nabi Ibrahim a.s yang
mencari-cari tuhannya seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Azr: Patutkah
ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?Sesungguhnya aku
melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata."( Surah al-Nam,6:ayat
74)
Fitrah beragama ini memang wujud dalam diri setiap manusia,
inilah yang mendorong seseorang itu menerima hakikat kebenaran, berusaha mencari
tuhan, dan berfikir tentang hakikat ketuhanan yang sebenar. Rasulullah
s.a.w sejak kecil lagi memikirkan tentang hakikat ketuhanan, menolak
tradisi masyarakatnya dengan mengasingkan diri di gua Hira' demi untuk
mencari kebenaran, malah bermunajat untuk memikirkan kebaikan yang sebenar. Merasa sedih dan bimbang akan kejahilan manusia tentang hakikat ketuhanan, merasa risau dengan pelbagai dosa dan maksiat yang diamalkan oleh manusia sehingga bertentangan dengan sifat semulajadi yang dicipta oleh Allah kepada manusia, ini kerana setiap yang bertentangan dengan sifat semulajadi kejadian sesuatu makhlukitu akan mendatangkan kemusnahan kepada makhluk itu sendiri. Contoh, manusia suka memfitnah akan merosakkan dirinya sendiri kerana Allah telah meletakkan sifat semulajadi bagi sesiapa yang memfitnah bahawa fitnah itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Begitu juga bagi dosa-dosa yang lain, kerana inilah fitrahnya, sebab itu adanya larangan Allah agar manusia tidak melakukan apa yang ditegah-Nya.
Nabi Ibrahim juga bersikap demikian, beliau telah mencari Tuhan bermula
dengan mengakui bintang sebagai tuhan, kemudian bulan, setelah itu
matahari, tetapi semua ditolak oleh akalnya kerana semua yang dianggap
tuhan itu tadi tidak kekal, beliau yakin bahawa hakikat ketuhanan mesti
kekal dan tidak hilang atau musnah. Oleh itu, apa sahaja yang datang dari Allah adalah bersifat semulajadi dan azali kerana Allah itu Maha Mengetahui sifat-Nya. Hal ini diceritakan dalam surah
al-An'am ayat76-78.
Masalah sekarang kenapa manusia menolak Allah
sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. ini hanyalah
kerana dorongan nafsu, sombong, angkuh, enggan mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Allah, pendewaan terhadap akal mereka yang hebat, pendewaan terhadap pangkat dan kekuasaan yang mereka miliki dan
tidak mahu menerima hakikat ketuhanan yang sebenar. Hakikat ketuhanan adalah bersifat mutlaq, apa sahaja yang datang dari Allah adalah dari sifat Allah Yang Maha Mengetahui yang mencipta sifat semulajadi bagi setiap makhluknya, apabila manusia tidak menurut sifat semulajadi itu, maka akan hancurlah manusia itu. contoh sifat semulajadi manuisa yang dicipta oleh Allah ialah menyembah Allah, jika tidak menyembah Allah, akan musnahlah manusia itu, akhirnya wujudlah
golongan yang menolak agama dalam kehidupan mereka yang tidak berpandukan kepada panduan-panduan yang disediakan oleh Allah.
Perbezaan antara yang yang beragama dengan tidak beragama dapat dilihat dengan jelas iaitu:
1) Orang beragama sentiasa reda dengan ketentuan Tuhannya, tanpa berprasangka buruk, masih tetap bersangka baik walaupun jelas nyata kejahatannya 2) Melakukan
sesuatu perbuatan dengan ikhlas untuk memperolehi ganjaran dari Allah
semata-mata, tanpa dipengaruhi riak, ujub, takbur, bangga diri dan seumpamanya 3) Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah dengan melaksanakan segala-galanya hanya untuk Allah sebagai hamba_Nya yang lemah 4) Memanfaatkan rezeki mereka ke jalan Allah, dengan sanggup mengorbankan hartanya dahulu sebelum mempersoalkan harta orang lain 5) Memiliki jiwa yang mantap dan teguh di
atas prinsip kebenaran mengikut syariat Islam dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kecekalan kerana memahami bahawa segala itu adalah ujian Allah 6) Memiliki
kesempurnaan akhlak dengan menghormati sesama manusia, tanpa mencari dan mengintai salah dan silap orang lain 7) Tidak
cintakan dunia dengan mencari-cari peluang untuk mendapatkan pengaruh, kekuasaan, kekayaan dan sebagainya lebih-lebih dengan cara yang dilarang oleh Allah SWT.
Berdasarkan beberapa dalil di atas kita dapat perkataan " Allah "
itu telah digunapakai oleh seluruh umat manusia sejak manusia diciptakan
oleh Allah. Perkataan tersebut bukan menjadi hak bagi umat Islam
sahaja, umat Islam hanya dipertanggungjawabkan membela perkataan tersebut
dari diperhina, disalah tafsir, disalahguna, diperkecilkan skopnya atau sebagainya.
Tetapi ingat,..perkataan Allah adalah hak Allah, kita wajib mempertahankannya, membelanya sepertimana kewajipan kita membela agama Islam, mengamalkan syariat Islam, mengamalkan segala yang terkandung di dalam ajaran Islam, melaksanakan hukum2 Islam dan segala yang berkaitan dengannya. Apabila kita melanggar sesuatu yang didatangkan daripada Allah secara langsungnya kita juga menghina hak-hak Allah yang wajib kita pertahankan.
Tetapi ingat,..perkataan Allah adalah hak Allah, kita wajib mempertahankannya, membelanya sepertimana kewajipan kita membela agama Islam, mengamalkan syariat Islam, mengamalkan segala yang terkandung di dalam ajaran Islam, melaksanakan hukum2 Islam dan segala yang berkaitan dengannya. Apabila kita melanggar sesuatu yang didatangkan daripada Allah secara langsungnya kita juga menghina hak-hak Allah yang wajib kita pertahankan.
Sehubungan itu, Tasawwur Islam meletakkan orang yang sedemikian sebagai
orang yang tidak beragama, apabila mereka memiliki ciri-ciri berikut;
1. sentiasa keluh kesah, kecewa, putus asa dan melakukan kemudaratan
kepada diri dan orang lain 2. melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan mengharapkan
pujian serta sanjungan manusia, apa lagi menghina dan membiarkan mereka dalam kehinaan 3. Ingkar dengan ketentuan Allah swt,
segala nikmat yang dimiliki hanya untuk kepentingan diri dan juga ke
arah maksiat 3. mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan dan 4.
berakhlak buruk , suka menimbulkan kekacauan, membuat huru hara, mendatangkan fitnah, mengadu domba dan berprasangka buruk kerana yang tahu hati manusia hanyalah Allah SWT sahaja dan bermatlamatkan
kehidupan di dunia sahaja.
Muhasabahlah diri kita sendiri, adakah kita memiliki sedikit dari pecahan ciri-ciri itu tadi, maka kita telah tergolong dalam golongan orang yang tidak beragama.
Islam adalah agama praktikal bukan agama teori semata-mata, ramai orang mengetahui tentang teori beragama tetapi apabila berdepan dengan realiti mereka lupa teori ini, mereka gunakan teori nafsu manusia dan akal manusia yang tidak ditunjangi wahyu Ilahi. Sebagai contoh apabila kita disakiti dengan segera kita akan berusaha menyakiti orang tersebut malah orang-orang yang disekitarnya yang tak terlibat turut dipalitkan bersama. mana iman dan akhlak kita....
Muhasabahlah diri kita sendiri, adakah kita memiliki sedikit dari pecahan ciri-ciri itu tadi, maka kita telah tergolong dalam golongan orang yang tidak beragama.
Islam adalah agama praktikal bukan agama teori semata-mata, ramai orang mengetahui tentang teori beragama tetapi apabila berdepan dengan realiti mereka lupa teori ini, mereka gunakan teori nafsu manusia dan akal manusia yang tidak ditunjangi wahyu Ilahi. Sebagai contoh apabila kita disakiti dengan segera kita akan berusaha menyakiti orang tersebut malah orang-orang yang disekitarnya yang tak terlibat turut dipalitkan bersama. mana iman dan akhlak kita....
saya nak copy soalan ni ye ustazah-shahifbudin
ReplyDelete