Monday 8 July 2013

Siri 2: Tauhid Rububiyah



 Assalamualaikum, wrt.sambungan kelas Tasawwur


Sebelum saya teruskan kelas, apakah yang dikatakan dgn tasawwur, ia berasal daripada perkataan yg bermaksud gambaran, pandangan tentang Islam secara keseluruhan, sering kita kata Islam ialah The way of life bermakna ialah itu ad-Din bukan setakat agama, ia adalah tatacara hidup seorang yg bergelar muslim, bila terkeluar dari tatacara ini kita tidak dikatakan muslim apa lagi muslim mukmin.


Rububiyah berasal dari perkataan rabb. Kalimah ini mempunyai beberapa pengertian seperti pemimpin, pemilik, penguasa dan pemelihara. Namun pengertian rububiyah tidak mencakupi semua yang di atas, dan sifat yang sempurna hanyalah milik Allah s.w.t. Rububiyah ialah tuhan yang mengatur segala sesuatu. Maka tauhid rububiyah berkisar mengenai cara-cara seorang hamba mengesakan Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks Tuhan yang menguruskan keperluan-keperluannya.


Tauhid Rububiyah bermaksud Allah ialah Tuhan pengatur segala sesuatu, Dia pemiliknya, Dia pencipta aturannya dan pemberi rezekinya. Sesungguhnya Dia yang menghidupkan, yang mematikan, yang memberi manfaat, yang mendatangkan hukum mudarat dan Dia menerima doa terutama dalam kesukaran. Semua perkara adalah bagi-Nya, ditangan-Nya terletak seluruh kebaikan, Dia berkuasa atas apa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal ini, termasuklah qada’ dan qadar seseorang. Semua hamba-Nya berhajat kepada Allah sahaja.


Allah berfirman


“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS 35:15). Namun tauhid ini sahaja tidak cukup untuk menjamin seseorang hamba bahawa dia ialah seorang Muslim, tetapi perlu disusuli dengan tauhid uluhiyah (akan dibincangkan selepas ini)  iaitu mengesakan Allah dalam ketuhanan-Nya, kerana orang musyrik juga mempercayai Allah dalam tauhid rububiyah, namun tidak mengabdikan diri kepada-Nya.


Allah berfirman


“Tanyakanlah: siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang berkuasa sanggup menciptakan pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup? Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa?” (QS 10:31)Dan firman Allah


“Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah” (QS 43:87)Allah berfirman lagi


“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah” (QS 29:63). Ketiga-tiga ayat di atas merupakan antara ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang musyrik mengakui kewujudan Allah, namun menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain.

Sehubungan dengan itu, menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam meletakkan Allah di tempat yg tertinggi, terutama, terawal, dan dalam setiap detik hati, setiap tindakkkan dan perbuatan, setiap perkataan dan percakapan, hendaklah Allah mendahului segala niat kita. 

Sebagai contoh sebelum melangkah, ingatlah Allah bahawa langkahku adalah dengan izin Allah, bahawa kakiku adalah milik Allah, Allah yang memberi kuasa untuk ku melangkah, Allahlah yang mengurus perjalananku ini untuk sampai ke suatu destinasi, Allah jugalah yang menjadikan kejayaan hidupku pada hari ini, Allah jugalah yang menjadikan kemalangan atau kekecewaan dalam hidupku.

Sahabatku, kita tidak memiliki sesuatupun untuk kita banggakan, kuasaku....? tidakkah kuasa ku dengan kudrat Ilahi, bijak ku? tidakkan bijakku dengan kebijaksanaan Ilahi, kayaku? tidakkah kekayaanku itu adalah kekayaan Ilahi, hebatku?.. hebatkah aku sedangkan untuk menghayun langkahpun menumpang kudrat Ilahi, untuk berkata2.. aku juga menumpang kata2 ilahi, sihatku..aku juga menumpang keizinan dan pemberian ilahi. jadi.... siapalah kita untuk berkata : who are you? kepada manusia, tanyalah soalan itu kepada diri kita sendiri.

Insha Allah, Allah akan memberi taufik dah hidayah nanti. bersambung...

No comments:

Post a Comment