Sunday 8 September 2013

Menjawab Soalan Pembaca: Hukum Berdiri Ketika Solat

Assalamualaikum, Mohammad Taufiq Azaman dan Ahli Group Kualiah Tasawwur Islam.

Soalan No 1: Bg or sakit seperti di kaki atau orang tua yg uzur.. Mereka ini hendaklah berdiri betul dahulu n takbir n kemudian ye baru dibenarkan duduk di atas kerusi bg meneruskan solat ye.. Botol ke ustzh? 


Jawapan:Mengikut Kitab Ensiklopedi Shalat: Dr Sa'ia bin'Ali bin wahf al-qahthani;

Jika org yg sakit masih mampu berdiri dengan bersandar pada tongkat, bersandar pada dinding, atau bertopang pada salah seorang di sampingnya, maka dia harus berdiri. Hadis Wabishah r.a dari Ummu Qais r.a yang bermaksud:' Ketika Rasulullah SAW berusia lanjut dan semakin gemuk, baginda menggunakan tongkat di tempat solatnya dan bersandar padanya ( Abu Dawud: Kitab Shalaah). Hadis dari  Imran bin Hushain r.a bahawa Nabi SAW pernah berkata kepadanya bermakksud: 'shalatlah sambil berdiri..." (al-Bukhari) kerana beliau mampu berdiri tanpa adanya sesuatu yg membahayakan dirinya.

Jika org sakit itu, tidak mampu berdiri hanya boleh membungkuk seperti org yg sedang rukuk atau org tua yg lanjut usianya, sedangkan ia mampu berdiri, maka dia harus berdiri.

Jika org sakit yang mampu berdiri, tetapi tidak mampu rukuk atau sujud, maka ia wajib berdiri, memadai dgn membungkukkan leher untuk rukuk dan membungkukkan lebih lagi untuk sujud. namun kewajipan berdiri tidak gugur.

Berdasarkan hadis2 di atas, maka kewajipan berdiri tidak gugur sama sekali walaupun, kita telah  tua sehingga bungkuk tiga, apatah lagi jika kita masih mampu berjalan, mampu berdiri, mampu ke bilik air dan sebagainya. Maka tentulah kewajiban berdiri itu tidak gugur sama sekali. sebab itulah, ulama menghukumkan kita wajib berdiri  ketika mengangkat takbirratul ihram, baca al-Fatihah selepas itu barulah rukuk dan  duduk di kerusi kerana kaki yg tidak boleh dilipat, tidak boleh duduk tahiyyat, tidak boleh berdiri lama atau sebagainya.


sekian, wallahu 'aklam.

Siri 6: Tauhid Asma" Wa Sifat


Assalamualaikum wrt

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Yang Maha Pentadbir lagi Maha Berkuasa, segala puji bagi Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhamad saw, ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Sahabat sekelian, apabila kita mengakui : Allah yang Maha Pencipta, Maha Pentadbir, Maha Pengurus, dan Maha Memiliki dalam Tauhid Rububiyyah kemudian kita juga beriman kepada Allah bahawa tiada Tuhan Yang Layak disembah, ditaati dan dipatuhi melainkan Allah ( Tauhid Uluhiyyah), maka sayugialah kita mengakui dengan yakin bahawa Allah itu memiliki sifat2 yg terpuji dan mempunyai nama2 yang indah sesuai dengan keyakinan kita terhadap Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Apa sahaja yang datang dari Allah adalah benar belaka, jitu dan bersih dari sebarang kekurangan, dan kesilapan kerana menepati Asma' Wa Sifat-Nya..

A. Makna Tauhid Asma' Wa Sifat 
Iaitu beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasul-Nya Shallallaahu alaihi wa Salam menurut apa yang layak bagi Allah Subhannahu wa Ta'ala, tanpa ta'wil dan ta'thil, tanpa takyif, dan tamtsil, berdasarkan firman Allah Subhannahu wa Ta'ala yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11) 

Allah menafikan ada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan Allah telah menetapkan bahwa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan disifati dengan nama dan sifat yang Dia berikan untuk diri-Nya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh Rasul-Nya. Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, karena tidak seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui tentang Allah daripada Rasul-Nya. 

Maka barangsiapa yang mengingkari nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya atau menamakan Allah dan menyifati-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk-Nya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya. 

Sebagai contoh; menyatakan bahawa hudud itu zalim, hudud itu hanya sesuai di zaman nabi dahulu, menutup aurat itu hanya untuk orang arab kerana orang arab itu kuat seksnya dan sebagainya. Ini adalah satu fitnah, satu pendustaan kepada Allah SWT, satu kejahilan yang dahsyat kerana bercakap tentang Allah dan Rasul tanpa berdasarkan ilmu dan tauhid Asma' Wa Sifat. Mereka yg berpendapat demikian telah mengatakan Allah itu bukan Maha Mendengar, bukan Maha Mengetahui, bukan Maha Adil, bukan juga Maha Pengasih lagi Penyayang. Seolah2 Allah itu mempunyai sifat2 kekurangan dan kejahilan. 

Sedangkan Allah berfirman yg maksudnya:“Allah, tidak ada Rabb (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (QS. Al Baqarah: 255).

Sesiapa yang suka berbicara tentang Allah dan Rasul-nya tanpa berdasarkan ilmu ,Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang maksudnya: "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi: 15) 

B. Manhaj salaf (para sahabat, tabi'in dan ulama pada kurun waktu yang diutamakan) dalam hal asma' dan sifat Allah. Iaitu mengimani dan menetapkannya sebagaimana ia datang tanpa tahrif (mengubah), ta'thil (menafikan), takyif (menanyakan bagaimana) dan tamtsil (menyerupakan), dan hal itu termasuk pengertian beriman kepada Allah. 

Syaikh Ibnu Taimiyah berkata: "Kemudian ucapan yang menyeluruh dalam semua bab ini adalah hendaknya Allah itu disifati dengan apa yang Dia sifatkan untuk Diri-Nya atau yang disifatkan oleh Rasul-Nya, dan dengan apa yang disifatkan oleh As-Sabiqun Al-Awwalun (para generasi pertama), serta tidak melampaui Al-Qur'an dan Al-Hadits. 

Imam Ahmad Rahimahullaah berkata, Allah tidak boleh disifati kecuali dengan apa yang disifati oleh-Nya untuk Diri-Nya atau apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya, serta tidak boleh melampaui Al-Qur'an dan Al-Hadits. 

Madzhab salaf menyifati Allah dengan apa yang Dia sifatkan untuk Diri-Nya dan dengan apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya, tanpa tahrif dan ta'thil, takyif dan tamtsil. Kita mengetahui bahwa apa yang Allah sifatkan untuk DiriNya adalah haq (benar), tidak mengandung teka-teki dan tidak untuk ditebak. 

Maknanya sudah dimengerti, sebagaimana maksud orang yang berbicara juga dimengerti dari pembicaraannya. Apalagi jika yang berbicara itu adalah Rasulullah, manusia yang paling mengerti dengan apa yang dia katakan, yang paling fasih dalam menjelaskan ilmu, dan yang paling baik serta mengerti dalam menjelaskan atau memberi petunjuk. Dan sekali pun demikian tidaklah ada sesuatu pun yang menyerupai Allah. Tidak dalam Diri (Dzat)Nya Yang Maha suci yang disebut dalam asma' dan sifatNya, juga tidak dalam perbuatan-Nya. 

Berdasarkan penjelasan di atas, maksud Asma Wa Sifat bagi Allah yang mesti kita yakini tanpa ragu2 ialah makna nama dan sifat Allah yang datang dari Allah SWTitu sendiri , dari Rasulullah saw dan dari salapus saleh sahaja, kita tidak boleh sama sekali mengubahnya, menafikannya, menyerupakannya dan menanyakannya bagaimana kerana Allahlah yang meletakkan sifat-Nya seperti itu, diperakui oleh Rasulullah saw, para sahabat, dan salapus saleh berdasarkan al-Quran dan Hadis. Siapakah kita yang mentakwilkan asma wa sifat dengan akal kita semata2 yang jahil ilmu agama, jahil al-Quran, jahil sirah, jahil as-Sunnah dan jahil bahasa arab.

Sebagaimana yang kita yakini bahwa Allah Subhannahu wa Ta'ala mempunyai Dzat, juga af'al (perbuatan), maka begitu pula Dia benar-benar mempunyai sifat-sifat itu, tetapi tidak ada satu pun yang menyamai-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya. Setiap yang mengharuskan adanya kekurangan dan huduts maka Allah Subhannahu wa Ta'ala benar-benar bebas dan Maha suci dari hal tersebut. Maha suci Allah dari sebarang kekurangan dan persamaan.

Firman Allah bermaksud: "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah. Dan Dia adalah Amat Mendengar lagi Amat Melihat." (As-Shu'ara : 11)

Firman Allah yang lain mafhumnya:

"Maka janganlah kamu mengadakan sekutu sekutu bagi Allah". (An-Nahl : 74)

Sesungguhnya Allah adalah yang memiliki kesempurnaan yang perisempurna, tidak ada batas di atas-Nya. Dan mustahil baginya mengalami huduts, karena mustahil bagi-Nya sifat 'adam (tidak ada); sebab huduts mengharuskan adanya sifat 'adam sebelumnya, dan karena sesuatu yang baru pasti memerlukan muhdits (yang mengadakan), juga karena Allah bersifat wajibul wujud binafsihi (wajib ada dengan sendiri-Nya). 

Mazhab salaf adalah antara ta'thil dan tamtsil. Mereka tidak menyamakan atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Sebagaimana mereka tidak menyerupakan Dzat-Nya dengan dzat pada makhluk-Nya. Mereka tidak menafikan apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, atau apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya. Seandainya mereka menafikan, berarti mereka telah menghilangkan asma' husna dan sifat-sifatNya yang 'ulya (luhur), dan berarti mengubah kalam dari tempat yang sebenarnya, dan berarti pula mengingkari asma' Allah dan ayat-ayat-Nya.

Allah SWT menempelak kita dalam firman-Nya bermaksud: "Apakah kamu lebih mengetahui atau Allah lebih mengetahui." (Al-Baqarah : 140)

Na'im bin Himad, guru Imam al Bukhari berkata, "Barangsiapa menyerupakan Allah Azza wa Jalla dengan makhluk Nya ia menjadi kafir. Dan barangsiapa mengingkari apa yang disifatkan oleh Allah akan zatNya atau yang disifatkan oleh RasulNya ia menjadi kafir juga. Apa yang disifatkan oleh Allah sendiri akan zat-Nya dan oleh RasulNya tidak ada penyerupaan sama sekali dengan makhluk."

Sahabat sekelian, apabila kita berbicara tentang agama, maka berhati2lah kerana tanpa kita sedari kita berkata2 yang bukan kepakaran kita, begitu juga apabila kita berkata2 tentang kepakaran kita seolah kita lebih tahu tentang Allah dan Rasul, maka kita bimbang, kita berlaku zalim kepada diri kita kerana kita telah meletakkan kita sebagai seorang yang kafir di sisi Allah SWT.

Marilah kita menuntut ilmu kerana agama Allah ini amat hebat untuk dikaji dan diselidiki yg melayakkan kita menjadi hamba-Nya dan kekasih-Nya. amin

sekian. wallahu'aklam

Diubahsuai dari tulisan Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan