Wednesday 26 November 2014

SIRI 11: NABI DAN RASUL



2. Rasul Ulul Azmi

Assalamualaikum sahabat sekelian, dah lama tak menulis dalam Kuliah Tasawwur ini. Alhamdulillah hari ini Allah memberi sedikit ilmu dan ruang masa untuk dikongsi bersama. Tajuk kali ini tentang Rasul Ulul Azmi. Saya cuba perhalusi setakat kemampuan saya. Insha Allah.

Rasul Ulul Azmi adalah gelaran yang diberi kepada para rasul yang memiliki kesabaran, kecekalan, ketabahan yang paling tinggi dalam menghadapi tentangan ketika menyampaikan dakwah atau seruan kepada kaumnya.

Kita analisis tentangan yang dihadapi oleh para rasul untuk menyampaikan dakwah mereka. Kita analisis juga kesabaran dan kecekalan hati mereka menghadapi tentangan-tentangan tersebut. Dari analisis ini akan mencabar kekuatan dan kesabaran kita dalam berdakwah kerana semua pendakwah akan melalui ranjau duri, fitnah dan mehnah, hasad dengki dan prasangka yang tak tertanggung. Alangkah beruntungnya kita yang berdakwah kerana menuruti laluan-laluan para rasul. Alangkah ruginya para pemfitnah kerana memilih laluan-laluan yang di rintis oleh Abu Jahal, Abu Lahab  dan orang mengikutnya.. Rasul Ulul Azmi itu ada 5 iaitu;

2.1 Nabi Nuh A.S

Sayyid Qutb dalam kitabnya "Fi Zhilalil Quran" mengatakan nabi Nuh tidak ada waktu rehat, tidak pernah berputus asa, jemu, bosan malah sentiasa bersemangat berdakwah siang dan malam seperti yang digambarkan dalam Surah Nuh : 5-9. Antara mafhumnya; Nabi Nuh menyeru mereka beriman kepada Allah siang dan malam tetapi seruan baginda tidak memberi apa-apa faedah malah menambahkan mereka melarikan diri dari kebenaran. Melihat keadaan itu, Nabi Nuh berdoa pula mohon Allah ampunkan dosa-dosa kaumnya, malangnya kaum itu menutup telinga dengan tangan mereka , berselubung dengan kain, bertambah-tambah  sombong dan bongkak yang melampau. Baginda sentiasa menerima cacian hinaan, fitnah dan makian dari kaumnya. Baginda telah berdakwah dalam keadaan demikian selama 950 tahun, di mana hanya 80 orang sahaja yang menjadi pengikut baginda. Hal ini bertepatanlah dengan maksud ayat al-Quran mafhumnya..jadilah kamu dari golongan yang sedikit..kerana yang sedikit inilah yang bertahan menegakkan agama Allah. insha Allah. 


Anakku dan sahabatku, apalah malangnya kita, jika baru sahaja kita berdakwah, kita telah mendapat fitnah, prasangka, hasad dengki dan iri hati, malah dihalau dan diarah jangan mengikut arahan-arahan kita kerana kita bukan siapa-siapa... adakah wajar kita berputus asa, adakah wajar kita berhenti berdakwah, adakah wajar kita berputus asa. Jawablah "tidak"  kerana banyak janji-janji Allah dengan ganjaran yang lumayan untuk para pendakwah yang melalui liku-liku dakwah para rasul.

Semua ini akan saya buktikan dengan dalil nakli supaya kita tetap teguh berdakwah. InshaAllah. Tunggulah siri berikutnya.

No comments:

Post a Comment