Saturday 20 December 2014

NABI MUSA A.S

SIRI 12: NABI DAN RASUL

Musa lahir pada zaman kepimpinan Firaun yang zalim. Nama sebenar Musa ialah Musa bin Imran bin Fahis bin 'Azir bin Lawi bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim bin Azara bin Nahur bin Suruj bin Ra'u bin Falij bin 'Abir bin Syalih bin Arfahsad bin Syam bin Nuh. Dalam wikipidia disebutkan masa itu adalah pemerintahan Maneftah yang berkuasa pada tahun 1213-1203 SM. Selain zalim, Firaun juga sangat sombong dan angkuh. Dia menganggap dirinya sebagai Tuhan dan sangat takut kekuasaannya akan hilang. Apa lagi ketika ada tukang tilik yang mentafsirkan mimpi Firaun, Firaun bermimpi Mesir terbakar dan semua penduduk mati kecuali orang Israil, bahwa ada lelaki Israil yang akan merebut kekuasaan Firaun. Maka Firaun pun memerintahkan agar semua bayi laki-laki yang lahir dibunuh.

Khawatir bayinya akan dibunuh, ibunda Nabi Musa yang bernama Yukabad mendapatkan ilham dari Allah agar membuang Nabi Musa ke sungai Nil. Bayi Musa pun ditemukan oleh Allah dengan Asiyah yang merupakan isteri Firaun. Melihat bayi yang tampan dan menggemaskan hati Asiyah langsung terpikat. Beliau meminta kepada Firaun agar Musa tidak dibunuh dan Musa dipelihara sebagai anak angkat. Firaun yang awalnya ingin membunuh sang bayi akhirnya mengkabulkan permintaan isterinya. Semua ini di atur atas kehendak Allah, Musa enggan disusui oleh semua wanita kecuali ibunya sendiri iaitu Yukabad. Kakak Musalah yang menyarankan pada keluarga Firaun agar Musa disusui oleh Yukabad.

Dalam kemegahan istana Firaun, Musa membesar menjadi pemuda yang kuat ,cerdas,dan suka membela kaum tertindas. Hingga terjadi suatu peristiwa yang membuatnya terusir dari istana. Peristiwa itu terjadi ketika Musa melihat seorang lelaki bani Israil bernama Samiri sedang berkelahi dengan kaum Firaun bernama Fatun. Samiri terdesak lalu meminta tolong pada Musa. Musa pun membantunya dengan menolak Fatun yang mengakibatkan Fatun mati. Musa ketakutan kerana beliau hanya menolak bukan membunuhnya lalu berdoa kepada Allah dan berazam tidak akan menolong orang yang berbuat jahat. Allah menerima doa Nabi Musa dan mengampunkan dosanya. Sehingga berlaku sekali lagi pergaduhan Samiri, kali ini dia masih meminta tolong dari nabi Musa, tetapi beliau enggan menyebabkan Samiri menyatakan Nabi Musa yang membunuh Fatun.

Orang-orang Firaun pun mengejar Musa. Musa  melarikan diri keluar dari negerinya. Dalam pelarian inilah Musa bertemu dengan Nabi Syuaib dan puterinya . Hingga akhirnya Musa bekerja sebagai pembantu dan dinikahkan dengan puterinya yang bernama Shafura. Setelah lebih dari sepuluh tahun hidup di luar Mesir,Musa pun memutuskan untuk kembali ke Mesir. Diperjalanan pulang inilah Musa mendapatkan wahyu kenabian, tempatnya di Bukit Thur Sina. Wahyu diberikan langsung oleh Allah. Lihat Al Quran surat An Nissa : 164 dan Thahaa : 13. Selain wahyu kenabian, Nabi Musa juga mendapat mukjizat berupa tongkat yang beliau bawa boleh berubah menjadi ular dan tangannya apabila  dikepit di celah ketiak lalu dikeluarkan menjadi putih bercahaya tanpa cacat. Allah pun memerintahkan agar Nabi musa berdakwah kepada Firaun dengan ditemani saudaranya yang bernama Harun. Al Quran surat Taaha :43-44."Pergilah kamu berdua kepada Firaun, karena dia benar-benar telah melampui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepada Firaun dengan kata-kata yang lemah lembut,mudah-mudahan dia sedar dan takut''

Kemudian pergilah Nabi Musa ditemani Harun berdakwah kepada Firaun dan rakyatnya. Ada beberapa pelajaran yang boleh  kita ambil dalam proses dakwah Nabi Musa;

1. Semua nabi ada membuat dosa tetapi terus memohon keampunan dari Allah dengan penuh penyesalan. Allah s.w.t terus menerima keampunan itu dan menghapuskan mereka dari dosa.
2.Semua nabi dihalau, difitnah oleh kaumnya menyebabkan mereka lari dari kampung halaman mereka demi untuk kembali dan menegakkan agama Allah. Malah ada yang terus tidak kembali contohnya Nabi Lut a.s. Keluar dari kampung halaman merupakan sunnah para nabi untuk menyelamatkan akidah dan menyebarkan islam.
3. Metod dakwah yang dilakukan oleh Nabi Musa adalah metod dialog, penerangan, soal jawab untuk memberi penerangan mana yang hak dan mana yang batil. Kaedah ini mesti digunakan oleh semua pemimpin. Firaun pun boleh terima kaedah ini, kenapa pemimpin kita yang tidak sehebat Firaun tidak boleh menerima moted perbincangan ini?


Insya Allah kita sambung lagi...ambillah iktibar dan sunnah para nabi dalam mengurus diri sesuai dengan firman Allah yang bermaksud "jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka" kerana tidak taat kepada suruha Allah dan suruhan para rasul akan mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment