Sunday 8 September 2013

Menjawab Soalan Pembaca: Hukum Berdiri Ketika Solat

Assalamualaikum, Mohammad Taufiq Azaman dan Ahli Group Kualiah Tasawwur Islam.

Soalan No 1: Bg or sakit seperti di kaki atau orang tua yg uzur.. Mereka ini hendaklah berdiri betul dahulu n takbir n kemudian ye baru dibenarkan duduk di atas kerusi bg meneruskan solat ye.. Botol ke ustzh? 


Jawapan:Mengikut Kitab Ensiklopedi Shalat: Dr Sa'ia bin'Ali bin wahf al-qahthani;

Jika org yg sakit masih mampu berdiri dengan bersandar pada tongkat, bersandar pada dinding, atau bertopang pada salah seorang di sampingnya, maka dia harus berdiri. Hadis Wabishah r.a dari Ummu Qais r.a yang bermaksud:' Ketika Rasulullah SAW berusia lanjut dan semakin gemuk, baginda menggunakan tongkat di tempat solatnya dan bersandar padanya ( Abu Dawud: Kitab Shalaah). Hadis dari  Imran bin Hushain r.a bahawa Nabi SAW pernah berkata kepadanya bermakksud: 'shalatlah sambil berdiri..." (al-Bukhari) kerana beliau mampu berdiri tanpa adanya sesuatu yg membahayakan dirinya.

Jika org sakit itu, tidak mampu berdiri hanya boleh membungkuk seperti org yg sedang rukuk atau org tua yg lanjut usianya, sedangkan ia mampu berdiri, maka dia harus berdiri.

Jika org sakit yang mampu berdiri, tetapi tidak mampu rukuk atau sujud, maka ia wajib berdiri, memadai dgn membungkukkan leher untuk rukuk dan membungkukkan lebih lagi untuk sujud. namun kewajipan berdiri tidak gugur.

Berdasarkan hadis2 di atas, maka kewajipan berdiri tidak gugur sama sekali walaupun, kita telah  tua sehingga bungkuk tiga, apatah lagi jika kita masih mampu berjalan, mampu berdiri, mampu ke bilik air dan sebagainya. Maka tentulah kewajiban berdiri itu tidak gugur sama sekali. sebab itulah, ulama menghukumkan kita wajib berdiri  ketika mengangkat takbirratul ihram, baca al-Fatihah selepas itu barulah rukuk dan  duduk di kerusi kerana kaki yg tidak boleh dilipat, tidak boleh duduk tahiyyat, tidak boleh berdiri lama atau sebagainya.


sekian, wallahu 'aklam.

No comments:

Post a Comment