2. Rasul Ulul Azmi
Assalamualaikum sahabat sekelian, dah lama tak menulis dalam Kuliah
Tasawwur ini. Alhamdulillah hari ini Allah memberi sedikit ilmu dan
ruang masa untuk dikongsi bersama. Tajuk kali ini tentang Rasul Ulul
Azmi. Saya cuba perhalusi setakat kemampuan saya. Insha Allah.
Rasul Ulul Azmi adalah gelaran yang diberi kepada para rasul yang
memiliki kesabaran, kecekalan, ketabahan yang paling tinggi dalam
menghadapi tentangan ketika menyampaikan dakwah atau seruan kepada
kaumnya.
Kita analisis tentangan yang dihadapi oleh para rasul
untuk menyampaikan dakwah mereka. Kita analisis juga kesabaran dan
kecekalan hati mereka menghadapi tentangan-tentangan tersebut. Dari
analisis ini akan mencabar kekuatan dan kesabaran kita dalam berdakwah
kerana semua pendakwah akan melalui ranjau duri, fitnah dan mehnah,
hasad dengki dan prasangka yang tak tertanggung. Alangkah beruntungnya
kita yang berdakwah kerana menuruti laluan-laluan para rasul. Alangkah
ruginya para pemfitnah kerana memilih laluan-laluan yang di rintis oleh
Abu Jahal, Abu Lahab dan orang mengikutnya.. Rasul Ulul Azmi itu ada 5 iaitu;
2.1 Nabi Nuh A.S
Sayyid Qutb dalam kitabnya "Fi Zhilalil Quran" mengatakan nabi Nuh
tidak ada waktu rehat, tidak pernah berputus asa, jemu, bosan malah
sentiasa bersemangat berdakwah siang dan malam seperti yang digambarkan
dalam Surah Nuh : 5-9. Antara mafhumnya; Nabi Nuh menyeru mereka beriman
kepada Allah siang dan malam tetapi seruan baginda tidak memberi apa-apa faedah malah
menambahkan mereka melarikan diri dari kebenaran. Melihat keadaan itu,
Nabi Nuh berdoa pula mohon Allah ampunkan dosa-dosa kaumnya, malangnya
kaum itu menutup telinga dengan tangan mereka , berselubung dengan kain, bertambah-tambah sombong dan bongkak yang melampau. Baginda sentiasa menerima cacian hinaan, fitnah dan makian dari
kaumnya. Baginda telah berdakwah dalam keadaan demikian selama 950 tahun, di mana hanya 80 orang sahaja yang menjadi
pengikut baginda. Hal ini bertepatanlah dengan maksud ayat al-Quran mafhumnya..jadilah kamu dari golongan yang sedikit..kerana yang sedikit inilah yang bertahan menegakkan agama Allah. insha Allah.
Anakku dan sahabatku,
apalah malangnya kita, jika baru sahaja kita berdakwah, kita telah
mendapat fitnah, prasangka, hasad dengki dan iri hati, malah dihalau dan
diarah jangan mengikut arahan-arahan kita kerana kita bukan
siapa-siapa... adakah wajar kita berputus asa, adakah wajar kita
berhenti berdakwah, adakah wajar kita berputus asa. Jawablah "tidak" kerana banyak janji-janji Allah dengan ganjaran yang lumayan untuk para
pendakwah yang melalui liku-liku dakwah para rasul.
Semua ini akan saya buktikan dengan dalil nakli supaya kita tetap teguh berdakwah. InshaAllah. Tunggulah siri berikutnya.