Tasawwur Islam

Saturday, 20 December 2014

NABI MUSA A.S

SIRI 12: NABI DAN RASUL

Musa lahir pada zaman kepimpinan Firaun yang zalim. Nama sebenar Musa ialah Musa bin Imran bin Fahis bin 'Azir bin Lawi bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim bin Azara bin Nahur bin Suruj bin Ra'u bin Falij bin 'Abir bin Syalih bin Arfahsad bin Syam bin Nuh. Dalam wikipidia disebutkan masa itu adalah pemerintahan Maneftah yang berkuasa pada tahun 1213-1203 SM. Selain zalim, Firaun juga sangat sombong dan angkuh. Dia menganggap dirinya sebagai Tuhan dan sangat takut kekuasaannya akan hilang. Apa lagi ketika ada tukang tilik yang mentafsirkan mimpi Firaun, Firaun bermimpi Mesir terbakar dan semua penduduk mati kecuali orang Israil, bahwa ada lelaki Israil yang akan merebut kekuasaan Firaun. Maka Firaun pun memerintahkan agar semua bayi laki-laki yang lahir dibunuh.

Khawatir bayinya akan dibunuh, ibunda Nabi Musa yang bernama Yukabad mendapatkan ilham dari Allah agar membuang Nabi Musa ke sungai Nil. Bayi Musa pun ditemukan oleh Allah dengan Asiyah yang merupakan isteri Firaun. Melihat bayi yang tampan dan menggemaskan hati Asiyah langsung terpikat. Beliau meminta kepada Firaun agar Musa tidak dibunuh dan Musa dipelihara sebagai anak angkat. Firaun yang awalnya ingin membunuh sang bayi akhirnya mengkabulkan permintaan isterinya. Semua ini di atur atas kehendak Allah, Musa enggan disusui oleh semua wanita kecuali ibunya sendiri iaitu Yukabad. Kakak Musalah yang menyarankan pada keluarga Firaun agar Musa disusui oleh Yukabad.

Dalam kemegahan istana Firaun, Musa membesar menjadi pemuda yang kuat ,cerdas,dan suka membela kaum tertindas. Hingga terjadi suatu peristiwa yang membuatnya terusir dari istana. Peristiwa itu terjadi ketika Musa melihat seorang lelaki bani Israil bernama Samiri sedang berkelahi dengan kaum Firaun bernama Fatun. Samiri terdesak lalu meminta tolong pada Musa. Musa pun membantunya dengan menolak Fatun yang mengakibatkan Fatun mati. Musa ketakutan kerana beliau hanya menolak bukan membunuhnya lalu berdoa kepada Allah dan berazam tidak akan menolong orang yang berbuat jahat. Allah menerima doa Nabi Musa dan mengampunkan dosanya. Sehingga berlaku sekali lagi pergaduhan Samiri, kali ini dia masih meminta tolong dari nabi Musa, tetapi beliau enggan menyebabkan Samiri menyatakan Nabi Musa yang membunuh Fatun.

Orang-orang Firaun pun mengejar Musa. Musa  melarikan diri keluar dari negerinya. Dalam pelarian inilah Musa bertemu dengan Nabi Syuaib dan puterinya . Hingga akhirnya Musa bekerja sebagai pembantu dan dinikahkan dengan puterinya yang bernama Shafura. Setelah lebih dari sepuluh tahun hidup di luar Mesir,Musa pun memutuskan untuk kembali ke Mesir. Diperjalanan pulang inilah Musa mendapatkan wahyu kenabian, tempatnya di Bukit Thur Sina. Wahyu diberikan langsung oleh Allah. Lihat Al Quran surat An Nissa : 164 dan Thahaa : 13. Selain wahyu kenabian, Nabi Musa juga mendapat mukjizat berupa tongkat yang beliau bawa boleh berubah menjadi ular dan tangannya apabila  dikepit di celah ketiak lalu dikeluarkan menjadi putih bercahaya tanpa cacat. Allah pun memerintahkan agar Nabi musa berdakwah kepada Firaun dengan ditemani saudaranya yang bernama Harun. Al Quran surat Taaha :43-44."Pergilah kamu berdua kepada Firaun, karena dia benar-benar telah melampui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepada Firaun dengan kata-kata yang lemah lembut,mudah-mudahan dia sedar dan takut''

Kemudian pergilah Nabi Musa ditemani Harun berdakwah kepada Firaun dan rakyatnya. Ada beberapa pelajaran yang boleh  kita ambil dalam proses dakwah Nabi Musa;

1. Semua nabi ada membuat dosa tetapi terus memohon keampunan dari Allah dengan penuh penyesalan. Allah s.w.t terus menerima keampunan itu dan menghapuskan mereka dari dosa.
2.Semua nabi dihalau, difitnah oleh kaumnya menyebabkan mereka lari dari kampung halaman mereka demi untuk kembali dan menegakkan agama Allah. Malah ada yang terus tidak kembali contohnya Nabi Lut a.s. Keluar dari kampung halaman merupakan sunnah para nabi untuk menyelamatkan akidah dan menyebarkan islam.
3. Metod dakwah yang dilakukan oleh Nabi Musa adalah metod dialog, penerangan, soal jawab untuk memberi penerangan mana yang hak dan mana yang batil. Kaedah ini mesti digunakan oleh semua pemimpin. Firaun pun boleh terima kaedah ini, kenapa pemimpin kita yang tidak sehebat Firaun tidak boleh menerima moted perbincangan ini?


Insya Allah kita sambung lagi...ambillah iktibar dan sunnah para nabi dalam mengurus diri sesuai dengan firman Allah yang bermaksud "jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka" kerana tidak taat kepada suruha Allah dan suruhan para rasul akan mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
Posted by saharizah at 07:14 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 26 November 2014

SIRI 11: NABI DAN RASUL



2. Rasul Ulul Azmi

Assalamualaikum sahabat sekelian, dah lama tak menulis dalam Kuliah Tasawwur ini. Alhamdulillah hari ini Allah memberi sedikit ilmu dan ruang masa untuk dikongsi bersama. Tajuk kali ini tentang Rasul Ulul Azmi. Saya cuba perhalusi setakat kemampuan saya. Insha Allah.

Rasul Ulul Azmi adalah gelaran yang diberi kepada para rasul yang memiliki kesabaran, kecekalan, ketabahan yang paling tinggi dalam menghadapi tentangan ketika menyampaikan dakwah atau seruan kepada kaumnya.

Kita analisis tentangan yang dihadapi oleh para rasul untuk menyampaikan dakwah mereka. Kita analisis juga kesabaran dan kecekalan hati mereka menghadapi tentangan-tentangan tersebut. Dari analisis ini akan mencabar kekuatan dan kesabaran kita dalam berdakwah kerana semua pendakwah akan melalui ranjau duri, fitnah dan mehnah, hasad dengki dan prasangka yang tak tertanggung. Alangkah beruntungnya kita yang berdakwah kerana menuruti laluan-laluan para rasul. Alangkah ruginya para pemfitnah kerana memilih laluan-laluan yang di rintis oleh Abu Jahal, Abu Lahab  dan orang mengikutnya.. Rasul Ulul Azmi itu ada 5 iaitu;

2.1 Nabi Nuh A.S

Sayyid Qutb dalam kitabnya "Fi Zhilalil Quran" mengatakan nabi Nuh tidak ada waktu rehat, tidak pernah berputus asa, jemu, bosan malah sentiasa bersemangat berdakwah siang dan malam seperti yang digambarkan dalam Surah Nuh : 5-9. Antara mafhumnya; Nabi Nuh menyeru mereka beriman kepada Allah siang dan malam tetapi seruan baginda tidak memberi apa-apa faedah malah menambahkan mereka melarikan diri dari kebenaran. Melihat keadaan itu, Nabi Nuh berdoa pula mohon Allah ampunkan dosa-dosa kaumnya, malangnya kaum itu menutup telinga dengan tangan mereka , berselubung dengan kain, bertambah-tambah  sombong dan bongkak yang melampau. Baginda sentiasa menerima cacian hinaan, fitnah dan makian dari kaumnya. Baginda telah berdakwah dalam keadaan demikian selama 950 tahun, di mana hanya 80 orang sahaja yang menjadi pengikut baginda. Hal ini bertepatanlah dengan maksud ayat al-Quran mafhumnya..jadilah kamu dari golongan yang sedikit..kerana yang sedikit inilah yang bertahan menegakkan agama Allah. insha Allah. 


Anakku dan sahabatku, apalah malangnya kita, jika baru sahaja kita berdakwah, kita telah mendapat fitnah, prasangka, hasad dengki dan iri hati, malah dihalau dan diarah jangan mengikut arahan-arahan kita kerana kita bukan siapa-siapa... adakah wajar kita berputus asa, adakah wajar kita berhenti berdakwah, adakah wajar kita berputus asa. Jawablah "tidak"  kerana banyak janji-janji Allah dengan ganjaran yang lumayan untuk para pendakwah yang melalui liku-liku dakwah para rasul.

Semua ini akan saya buktikan dengan dalil nakli supaya kita tetap teguh berdakwah. InshaAllah. Tunggulah siri berikutnya.
Posted by saharizah at 00:57 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 16 August 2014

KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM SIRI2


Assalamualaikum sahabat dan semua muridku.
Sambungan hurai ayat; Konsep Taawun Dalam Tasawwur Islam: Siri 2
"Tolong menolong perkara kebaikan dan jangan tolong menolong perkara yang mendatangkan dosa dan perlanggaran."

Ulama mengatakan bahwa penggabungan kata al-birr dan at-taqwa dalam satu tempat (seperti ayat di atas) mengandung pengertian yang berbeda satu sama lain. Dalam konteks ini, al-birr bermaka semua hal yang dicintai Allah dan diridhai-Nya, baik berupa ucapan dan perbuatan, lahir dan batin. Sementara at-taqwa lebih mengarah kepada tindakan menjauhi segala yang diharamkan [al-Qawâid al-Hisân, Syaikh as-Sa’di, hlm. 48]


Makna al-itsmu (إئْمُ ) dan al-’udwân ( الْعُدْوَانُ)
Pada dasarnya, pengertian antara al-birru dan at-taqwa, al-itsmu dan al-’udwân terikat pada hubungan yang kuat. Masing-masing kata itu mengandung pengertian kata lainnya. Setiap dosa (al-itsmu) merupakan bentuk ‘udwân (tindakan melampaui batas) terhadap ketentuan Allah Azza wa Jalla, yang berupa larangan atau perintah. Dan setiap tindakan ‘udwân, pelakunya berdosa.Namun bila keduanya disebut bersamaan, maka masing-masing memiliki pengertian yang berbeda dengan yang lainnya.Al-itsmu (dosa) berkaitan dengan perbuatanperbuatan yang memang hukumnya haram. Contohnya, berdusta, zina, mencuri, minum khamer dan lainnya. Contoh-contoh di atas merupakan perbuatan yang pada asalnya haram.



Sehubungan dengan al-’udwân, kata ini lebih mengarah pada suatu pengharaman yang disebabkan oleh tindakan melampaui batas. Apabila tidak terjadi tindakan melampaui batas, maka diperbolehkan (halal).
Tindakan melampaui batas terbagi dua, pertama: terhadap Allah Azza wa Jalla, seperti melampaui batas ketentuan Allah Azza wa Jalla dalam pernikahan seperti : memiliki lima isteri, atau menyetubuhi istri dalam masa haidh, nifas, masa ihram atau puasa wajib.Dan kedua: Tindakan melampaui batas terhadap sesame manusia Contohnya, bertindak melampaui batas terhadap orang yang berhutang, dengan mencederai kehormatan, fizikal atau mengambil lebih dari seharusnya. Termasuk juga memfitnah, prasangka buruk, menghina dan perbuatan munafik serta seumpamanya yang mendatangkan dosa dan pergaduhan.

Dalam ayat ini Allah Azza wa Jalla memerintahkan hamba-Nya yang beriman untuk saling membantu dalam perbuatan baik dan itulah yang disebut dengan albirr dan meninggalkan kemungkaran yang merupakan ketakwaan. Dan Dia Azza wa Jalla melarang mereka saling mendukung kebatilan dan bekerjasama dalam perbuatan dosa dan perkara haram.[ Tafsîrul Qur‘ânil ‘Azhîm (3/12-13)5]. Setiap yang baik sama ada terhadap individu, atau masyarakat lebih-lebih lagi terhadap agama, adalah menjadi kewajipan kita menolongnya dengan pelbagai cara walaupun hanya setakat membuang duri di jalanan, menghadirkan diri, member sokongan idea, tenaga dan wang ringgit hatta memasak, memberi makan, memberi minum dan sebagainya. Inilah yang di katakana al-birri. Tolong menolong dan bantu membantu kea rah kebaikan, tiada sebarang tuduhan, prasangka buruk dan hina menghina antara satu sama lain.


Dikatakan pula al-Istm dan al-‘udwan dalam ayat di atas, termasuklah di dalamnya segala bentuk, sokongan yang berupa mengiyakan, mendiamkan diri tanpa membantah, menghalang, mencegah, apa lagi menabur fitnah, menyokong segala perlakuan dan tindakan, menghina danapa sahaja yang berkaitannya. Dosa orang yang menyokong adalah sama dengan dosa orang yang melakukanya. Sebab itu islam menyebut dalam firman Allah Surah al-Hujurat:12 bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”



Hadis Rasulullah saw yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya."Baginda bersabda lagi:"Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)


Bagi Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menilai ayat di atas memiliki kepentingan tersendiri. Beliau menyatakan: Ayat yang mulia ini mencakup semua jenis bagi kemaslahatan para hamba, di dunia maupun akhirat, baik antara mereka dengan sesame manusia ataupun dengan Rabbnya. Sebab seseorang tidak luput dari dua kewajiban; kewajiban individualnya terhadap Allah Azza wa Jalla dan kewajiban sosialnya terhadap sesamanya.Selanjutnya, beliau memaparkan bahwa hubungan seseorang dengan sesama dapat terlukis pada jalinan pergaulan, saling menolong dan persahabatan. Hubungan itu wajib terjalin dalam rangka mengharap redha Allah Azza wa Jalla dan menjalankan ketaatan kepada-Nya. Itulah puncak kebahagiaan seorang hamba. Tidak ada kebahagiaan kecuali dengan mewujudkan hal tersebut, dan itulah kebaikan serta ketakwaan yang merupakan inti dari agama ini.[ ar-Risâlah at-Tabûkiyyah hlm. 30]

Al-Mâwardi rahimahullah berkata: Allah Azza wa Jalla mengajak untuk tolong-menolong dalam kebaikan dengan beriringan dengan ketakwaan kepada-Nya. Sebab dalam ketakwaan, terkandung ridha Allah Azza wa Jalla. Sementara saat berbuat baik, orang-orang akan menyukai (meridhai). Barang siapa memadukan antara ridha Allah Azza wa Jalla dan ridha manusia, sungguh kebahagiaannya telah sempurna dan kenikmatan baginya sudah melimpah.[ Tafsîr al-Qurthubi (Al-Jâmi’ li Ahkâmil-Qur‘ân), Muhammad bin Ahmad al-Qurthûbi, tahqîq: ‘Abdur-Razzaq al-Mahdi, Dâr Al-Kitab Al-‘Arabi, Cetakan II, Tahun 1421 H, Vol. 6, hlm. 45]


Sebagai contoh sikap saling menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
انْصُر أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظلُو مًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنصُرًُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالََ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
Bantulah saudaramu, baik dalam keadaan sedang berbuat zhalim atau sedang teraniaya. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, kami akan menolong orang yang teraniaya. Bagaimana menolong orang yang sedang berbuat zhalim?” Beliau menjawab: “Dengan menghalanginya melakukan kezhaliman. Itulah bentuk bantuanmu kepadanya.” [HR. al-Bukhâri]. Berdasarkan hadis ini kita dilarang sama sekali menolong orang yang menghina orang lain, malah disuruh kita memberi bantuan kepada orang yang melakukan penghinaan tersebut dengan menghalangnyanya dan menasihatinya bukan menyokong kemungkaran yang dilakukannya.


Dalam hadits lain, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
الدِّالُ عَلَى الْخَيْرِ كَفَا عِلِهِ
Orang yang menunjukkan (sesama) kepada kebaikan, ia bagaikan mengerjakannya. [HR. Muslim]. Inilah yang dimaksudkan dengan orang yang kebaikan sama pahalanya dengan orang yang menyokongnya demikian juga sebaliknya orang yang menyokong kezaliman sama dosanya dengan orang melakukan kezaliman tersebut.


Orang berilmu membantu orang lain dengan ilmunya. Orang kaya membantu dengan kekayaannya. Dan hendaknya kaum Muslimin menjadi satu tangan dalam membantu orang yang memerlukan bantuan terutama dalam menegakkan kalimah Allah. Jadi, seorang Mukmin setelah mengerjakan suatu amal shalih, berkewajiban membantu orang lain dengan ucapan atau tindakan yang memacu semangat orang lain untuk beramal.[ Tafsîr al-Qurthûbi (6/45), Taisîrul Karîmir Rahmân hlm. 182]

Hubungan kedua, antara seorang hamba dengan Rabbnya tercerna dalam perintah ‘Dan bertakwalah kamu kepada Allah’. Dalam hubungan ini, seorang hamba harus lebih mengutamakan ketaatan kepada Rabbnya dan menjauhi perbuatan untuk yang menentangnya daripada mentaati kawannya apa lagijika bersalahan dengan perintah Allah.[ ar-Risâlah at-Tabûkiyyah hlm. 57]

Kewajiban pertama (antara seorang hamba dengan sesama) akan tercapai dengan mencurahkan nasehat, perbuatan baik dan perhatian terhadap perkara ini. Dan kewajiban kedua (antara seorang hamba dengan Rabbnya), akan terwujud melalui menjalankan hak tersebut dengan ikhlas, cinta dan penuh pengabdian kepada-Nya.[ Ibid hlm. 57]


Hendaknya ini difahami bahwa sebab kepincangan yang terjadi pada seorang hamba dalam menjalankan dua hak ini, hanya muncul ketika dia tidak memperhatikannya dan mendalami ayat ini baik secara pemahaman maupun pengamalan.[ Ibid hlm. 57


Kesimpulannya, dengan jelas, ayat di atas memuat kewajiban saling membantu di antara kaum Mukminin untuk menegakkan agama dan larangan bagi mereka untuk bekerjasama dalam menodainya. Bukan sebaliknya yaitu malahan melemahkan semangat beramal orang, mengejek orang yang berusaha konsisten dengan syariat maupun menjadi dalang tersebarnya perbuatan maksiat di tengah masyarakat. Menyokong dan membantu dalam apa bentukpun segala larangan Allah yang mengajak manusia melakukan kemurkaan Allah adalah satu dosa dan perlanggaranan. Marilah kita sama-sama korbankan kepetingan peribadi seperti jawatan, pengaruh, sombong dan bongkak serta jahil terhadap ilmu Allah untuk terus berjihad berjuang menegakkan agama Allah bersama dengan orang yang tahu agama dan alim ilmunya supaya kita tidak menyokong dosa dan perlanggaran hukum-hukum Allah. Di dunia ini Allah hanya bagi kita dua pilihan memilih orang yang memperjuangkan agama walaupun dihina dan dihalau atau memilih orangyang menganggap dia juga memperjuangkan agama tetapi dengan menghina orang, menuduh dan berprasangka buruk, pilihlah mahu ke syurga atau ke neraka tetapi tiada di sisi Allah orang yang berkecuali kerana agama itu ditegakkan dengan jelas, terang dan menuntut pengorbanan dan penyeksaan. 

Sekian Wallahu a’lam.
Posted by saharizah at 17:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 12 August 2014

KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM


Assalamualaikum ahli Kualiah Tasawwur Islam. Malam ini saya membicarakan bahagian 1 : KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM.
Saudara/saudari sekelian, letakan diri berada di mana apabila kita membaca ayat-ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW. Adakah kita menuruti perintah Allah dan rasul-nya atau melanggarnya. Bacalah dengan hati nurani dan iman yang tipis agar diberi tambahan iman buat kita umat di akhir zaman.
PERINTAH ALLAH KEPADA ORANG ISLAM AGAR SALING TOLONG MENOLONG DALAM PERKARA KEBAIKAN DAN KETAKWAAN BUKAN TOLONG MENOLONG DALAM BERBUAT DOSA DAN PELANGGARAN HUKUM ALLAH.

Allah Azza wa Jalla berfirman dalam Surah al-Maidah:2 
اللَّهَ قُواوَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّ
نَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ إ 
Maksudnya:”Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan (al-birru ) dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa (al-itsmu ) dan pelanggaran ( al-‘udwan)). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.
HURAIAN AYAT
Makna al-birru (الْبِرِّ ) dan at-taqwa (التَّقْوَى ).Dua kata ini, memiliki hubungan yang sangat erat kerana masing-masing menjadi bahagian antara satu sama lain.
Secara umumnya al-birru (الْبِرِّ ) bermakna kebaikan (kebajikan). Kebaikan dalam hal ini adalah kebaikan yang menyeluruh, mencakup segala macam dan ragamnya yang dituntut oleh syariat.
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mendefinisikan bahwa al-birru adalah satu kata bagi seluruh jenis kebaikan dan kesempurnaan yang dituntut oleh Allah dari seorang hamba-Nya. Lawannya ialah al-itsmu (dosa) yang maknanya adalah satu ungkapan yang mencakup segala bentuk keburukan dan keaiban yang menjadi sebab seorang hamba sangat dicela oleh Tuhannya apabila melakukannya. 
Mengikut pendapat Syaikh as-Sa’di rahimahullah mengatakan bahwa al-birru adalah sebuah nama yang mencakup segala yang Allah Azza wa Jalla cintai dan redai, berupa perbuatan-perbuatan yang zâhir maupun batin, yang berhubungan dengan hak Allah Azza wa Jalla atau hak sesama manusia.
Kesimpulannya , termasuk dalam maksud al-birri itu juga adalah keimanan, cabang-cabangnya, malah ketakwaan itu sendiri kerana Allah Azza wa Jalla telah menghimpun al-birri (kebaikan, kebajikan) dengan ketakwaan seperti dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah:177 berikut:


Maksudnya” Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. 
Kebaikan (kebajikan) yang tertera dalam ayat di atas mencakup seluruh unsur agama Islam; prinsip-prinsip keimanan, penegakan syariat seperti mendirikan shalat, membayar zakat dan menginfakkan harta kepada orang yang memerlukan dan amalan hati seperti bersabar dan menepati janji.
Ayat ini telah memberitahu kepada kita tentang makna kebaikan, manakala di penghujung ayat, Allah Azza wa Jalla menjelaskan itulah bentuk-bentuk ketakwaan (sifat-sifat orang muttaqîn).
Hakikat ketakwaan itu ialah melakukan ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla dengan penuh keimanan dan mengharap pahala; baik yang berupa perintah ataupun larangan. Kemudian perintah itu dilaksanakan atas dasar keimanan dengan perintah dan keyakinan akan janji-Nya, dan larangan ditinggalkan berlandaskan keimanan terhadap larangan tersebut dan takut akan ancaman-Nya.
Thalq bin Habîb rahimahullah, seorang Ulama dari kalangan generasi Tâbi’în berkata:” Apabila terjadi fitnah maka bendunglah dengan takwa”. Mereka berkata:” Apa yang dimaksud dengan takwa?”. Beliau menjawab:” Hendaknya engkau melakukan ketaatan kepada Allah Azza wa Jalla dengan berdasarkan hidayah dari Allah Azza wa Jalla dan mengharap pahala-Nya. Dan engkau tinggalkan maksiat dengan juga didasari hidayah dari Allah Azza wa Jalla lalu takut terhadap siksa-Nya di hari akhirat nanti”.
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah memuji keterangan di atas dengan mengatakan : Ini merupakan definisi takwa yang paling bagus. Beliau menjelaskan, bahwa semua amalan memiliki permulaan dan tujuan akhir. Satu amalan tidaklah dianggap sebagai bentuk ketaatan dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla kecuali apabila bersumber dari keimanan. Artinya dorongan utama melakukan amalan tersebut adalah keimanan bukan kebiasaan, mengikuti hawa nafsu atau keinginan untuk mendapatkan pujian dan kedudukan. Jadi, permulaannya adalah keimanan dan tujuan akhirnya adalah meraih pahala dari Allah Azza wa Jalla serta mengharap keredaan-Nya atau yang disebut dengan ihtisâb. Oleh karena itu, banyak kita dapatkan kata iman dan ihtisâb datang secara bersamaan seperti contoh berikut:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya “Barang siapa yang puasa ramadhan dengan penuh keimanan (iman) dan mengharap pahala (ihtisâb), maka diampuni semua dosanya yang telah lalu”.[HR. al-Bukhâri Muslim].

Apakah kita telah menolong orang-orang yang berusaha menegakkan agama Allah atau kitalah dalangnya, kitalah penyokongnya, atau kitalah yang berdiam diri tanpa membela orang yang difitnah, dihina dan dikeji sedangkan mereka golongan yang menegakkan perintah Allah. Adakah Allah menolong kita di akhirat kelak dengan perbuatan-perbuatan kita tersebut atau Allah akan menolong orang yang bersusah payah untuk menegakkan agama Allah dengan segala fitnah dan penghinaan. Fikirlah...dunia sudah di penghujungnya. Buatlah pilihan sebelum terlambat. Insya Allah bahagian kedua akan menyusul. Terima kasih.
LikeLike · · Share
  • Sahariza Mohd Salleh
Posted by saharizah at 07:51 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 17 May 2014

Siri 10: Nabi dan Rasul

Beriman kepada rasul merupakan salah satu dari Rukun Iman. Untuk menyatakan 'aku beriman kepada rasul' melalui lidah kita adalah suatu ungkapan yang sangat mudah, malah setakat mengetahui kewajipan beriman kepada rasul juga sangat mudah, juga setakat mengetahui teori beriman kepada rasul juga adalah mudah. Maksud beriman kepada rasul bukan setakat boleh menyebut dengan lidah yang tidak bertulang ini, tetapi mesti digarap dengan ilmu bagi mencapai tahap tahu. Mendalami ilmu tentang rasul bagi mencapai tahap tahu pula tidak cukup setakat membaca dua atau tiga kitab, atau mendengar satu dua ceramah kerana kisah rasul dan nabi ini diceritakan dalam pelbagai kitab yang menjangkau ribuan tahun. Keperluan pengetahuan tentang nabi dan rasul ini adalah wajib kerana setiap gerak, tingkah laku, amalan, tindakan, keputusan, fikiran dan perintah mereka sepatutnya menjadi ikutan dan amalan setiap umat Islam. Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang mereka akan mengundang perlakuan umat Islam yang menyalahi ajaran dan perintah para nabi dan rasul. Sebab itu dewasa ini didapati, ramai umat Islam tidak mengamalkan sunnah nabi dan rasul kerana mereka tidak benar-benar tahu tentang nabi dan rasul mereka. Di sini saya huraikan beberapa tajuk beserta contoh untuk muhasabah diri kita bersama.

1.Pengertian Nabi dan Rasul.

Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya sahaja manakala rasul ialah lelaki pilihan Allah s.w.t yang juga diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.

Rasul merupakan utusan Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia  termasuk jin. Setiap umat Islam wajib beriman dengan rasul yang bertanggungjawab mengajar dan menerangkan cara untuk mengenal Allah s.w.t, perkara-perkara ghaib, cara beribadat yang betul, cara beradab dengan Allah s.w.t, cara beradab Rasulullah s.a.w, cara beradab dengan sesama manusia dan makhluk lain, cara berakhlak mulia, cara bermuamalah, cara bersosial dan cara berpolitik mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah;

 وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 

Maksudnya:" Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka kamu patuhilah larangan-Nya.dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)".(Surah al-Hasyr:7).

Berdasarkan ayat ini, umat Islam wajib mentaati apa sahaja yang datang dari Rasulullah s.a.w, dan mengamalkan segala sunnahnya. Ini sesuai dengan firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
Bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (Surah An-Nisa': 59)
Mafhum daripada ayat ini, apapun yang berlaku di kalangan umat Islam, seperti perselisihan faham, pergaduhan dan sebagainya, tempat rujukan yang utama untuk mencari jalan penyelesaian adalah kembali kepada kitabullah dan sunnatur rasul, jika tidak bertindak sedemikian maka kita telah melanggar perintah Allah dan Rasulullah saw yang balasannya amat keras. Terdapat banyak firman Allah dan sunnah Rasulullah serta sunnah para nabi dan salafussaleh yang menjadi contoh tauladan dan ikutan dalam membuat keputusan bagi setiap masalah yang timbul dalam masyarakat. Jika kita dan para pemimpin tidak mengikut cara penyelesaian yang dibuat oleh para nabi dan rasul bagaimanakah tahap keimanan kita kepada rukun iman yang kita yakini selama ini? yang kita katakan 'aku beriman kepada Rasul' dan kita bersahadah dengan sahadatain iaitu " aku naik saksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah'. Cukupkah setakat mengakui dengan lidah semata-mata tetapi syirik dalam tindakkan dan amalan. Adakah layak seseorang pemimpin itu dipatuhi dan ditaati sedangkan mereka melanggar sunnatullah dan sunnatur rasul yang wajib diikuti dan dicontohi malah tindakan dan keputusan mereka mendatangkan kerosakan kepada masyarakat setempat. Fikirkanlah..
insha Allah kita jumpa lagi ...



Posted by saharizah at 08:48 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 14 May 2014

SIRI 9: FITRAH BERAGAMA




Fitrah bermaksud "sifat semulajadi" yang ada pada setiap kejadian Allah s.w.t. Contoh matahari dengan sifat semulajadinya yang sentiasa bersinar, bulan pula dengan sifat semulajadinya, bumipun yang sentiapa berpusing di atas paksinya, setiap binatang memiliki sifat semula sifat semula jadi mereka sendiri, apabila keluar sahaja dari sifat semualajadi setiap kejadiannya, maka akan musnahkan   setiap makhluk yang diciptakan allah ini dengan sifat semulajadi yang tersendri itu. Manakala maksud fitrah beragama pula ialah naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah S.W.T. Setiap manusia, jauh di sudut hati mereka mengakui akan adanya Tuhan yang berkuasa mengatasi segala kuasa sebagaimana yang diceritakan dalam banyak ayat-ayat al-Quran antaranya;

"Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka ( yang musyrik) itu; Siapakah yang menurunkan hujan dari Langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah". ( surah al-Ankabut:ayat 63)


Berdasarkan ayat di atas didapati bahawa semua manusia mengakui Allah s.w.t itu Tuhan malah mereka berkata "Allah" apabila ditanya tentang tuhan mereka sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas. Penyataan ini diperkuatkan pula tentang kisah Nabi Ibrahim a.s yang mencari-cari tuhannya seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Azr: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata."( Surah al-Nam,6:ayat 74)

Fitrah beragama ini memang wujud dalam diri setiap manusia, inilah yang mendorong seseorang itu menerima hakikat kebenaran, berusaha mencari tuhan, dan berfikir tentang hakikat ketuhanan yang sebenar. Rasulullah s.a.w sejak kecil lagi memikirkan tentang hakikat ketuhanan, menolak tradisi masyarakatnya dengan mengasingkan diri di gua Hira' demi untuk mencari kebenaran, malah bermunajat untuk memikirkan kebaikan yang sebenar. Merasa sedih dan bimbang akan kejahilan manusia tentang hakikat ketuhanan, merasa risau dengan pelbagai dosa dan maksiat yang diamalkan oleh manusia sehingga bertentangan dengan sifat semulajadi yang dicipta oleh Allah kepada manusia, ini kerana setiap yang bertentangan dengan sifat semulajadi kejadian sesuatu makhlukitu akan mendatangkan kemusnahan kepada makhluk itu sendiri. Contoh, manusia suka memfitnah akan merosakkan dirinya sendiri kerana Allah telah meletakkan sifat semulajadi bagi sesiapa yang memfitnah bahawa fitnah itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Begitu juga bagi dosa-dosa yang lain, kerana inilah fitrahnya, sebab itu adanya larangan Allah agar manusia tidak melakukan apa yang ditegah-Nya.

Nabi Ibrahim juga bersikap demikian, beliau telah mencari Tuhan bermula dengan mengakui bintang sebagai tuhan, kemudian bulan, setelah itu matahari, tetapi semua ditolak oleh akalnya kerana semua yang dianggap tuhan itu tadi tidak kekal, beliau yakin bahawa hakikat ketuhanan mesti kekal dan tidak hilang atau musnah. Oleh itu, apa sahaja yang datang dari Allah adalah bersifat semulajadi dan azali kerana Allah itu Maha Mengetahui sifat-Nya. Hal ini diceritakan dalam surah al-An'am ayat76-78.

Masalah sekarang kenapa manusia menolak Allah sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. ini hanyalah kerana dorongan nafsu, sombong, angkuh, enggan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah, pendewaan terhadap akal mereka yang hebat, pendewaan terhadap pangkat dan kekuasaan yang mereka miliki dan tidak mahu menerima hakikat ketuhanan yang sebenar. Hakikat ketuhanan adalah bersifat mutlaq, apa sahaja yang datang dari Allah adalah dari sifat Allah Yang Maha Mengetahui yang mencipta sifat semulajadi bagi setiap makhluknya, apabila manusia tidak menurut sifat semulajadi itu, maka akan hancurlah manusia itu. contoh sifat semulajadi manuisa yang dicipta oleh Allah ialah menyembah Allah, jika tidak menyembah Allah, akan musnahlah manusia itu, akhirnya wujudlah golongan yang menolak agama dalam kehidupan mereka yang tidak berpandukan kepada  panduan-panduan yang disediakan oleh Allah.


Perbezaan antara yang yang beragama dengan tidak beragama dapat dilihat dengan jelas iaitu:
1) Orang beragama sentiasa reda dengan ketentuan Tuhannya, tanpa berprasangka buruk, masih tetap bersangka baik walaupun jelas nyata kejahatannya 2) Melakukan sesuatu perbuatan dengan ikhlas untuk memperolehi ganjaran dari Allah semata-mata, tanpa dipengaruhi riak, ujub, takbur, bangga diri dan seumpamanya 3) Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah dengan melaksanakan segala-galanya hanya untuk Allah sebagai hamba_Nya yang lemah 4) Memanfaatkan rezeki mereka ke jalan Allah, dengan sanggup mengorbankan hartanya dahulu sebelum mempersoalkan harta orang lain 5) Memiliki jiwa yang mantap dan teguh di atas prinsip kebenaran mengikut syariat Islam dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kecekalan kerana memahami bahawa segala itu adalah ujian Allah 6) Memiliki kesempurnaan akhlak dengan menghormati sesama manusia, tanpa mencari dan mengintai salah dan silap orang lain 7) Tidak cintakan dunia dengan mencari-cari peluang untuk mendapatkan pengaruh, kekuasaan, kekayaan dan sebagainya lebih-lebih dengan cara yang dilarang oleh Allah SWT.

Berdasarkan beberapa dalil di atas kita dapat perkataan " Allah " itu telah digunapakai oleh seluruh umat manusia sejak manusia diciptakan oleh Allah. Perkataan tersebut bukan menjadi hak bagi umat Islam sahaja, umat Islam hanya dipertanggungjawabkan membela perkataan tersebut dari diperhina, disalah tafsir, disalahguna, diperkecilkan skopnya atau sebagainya.

Tetapi ingat,..perkataan Allah adalah hak Allah, kita wajib mempertahankannya, membelanya sepertimana kewajipan kita membela agama Islam, mengamalkan syariat Islam, mengamalkan segala yang terkandung di dalam ajaran Islam, melaksanakan hukum2 Islam dan segala yang berkaitan dengannya. Apabila kita melanggar sesuatu yang didatangkan daripada Allah secara langsungnya kita juga menghina hak-hak Allah yang wajib kita pertahankan.

Sehubungan itu, Tasawwur Islam meletakkan orang yang sedemikian sebagai orang yang tidak beragama, apabila mereka memiliki ciri-ciri berikut; 1. sentiasa keluh kesah, kecewa, putus asa dan melakukan kemudaratan kepada diri dan orang lain 2. melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan mengharapkan pujian serta sanjungan manusia, apa lagi menghina dan membiarkan mereka dalam kehinaan 3. Ingkar dengan ketentuan Allah swt, segala nikmat yang dimiliki hanya untuk kepentingan diri dan juga ke arah maksiat 3. mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan dan 4. berakhlak buruk , suka menimbulkan kekacauan, membuat huru hara, mendatangkan fitnah, mengadu domba dan berprasangka buruk kerana yang tahu hati manusia hanyalah Allah SWT sahaja dan bermatlamatkan kehidupan di dunia sahaja.

Muhasabahlah diri kita sendiri, adakah kita memiliki sedikit dari pecahan ciri-ciri itu tadi, maka kita telah tergolong dalam golongan orang yang tidak beragama.

Islam adalah agama praktikal bukan agama teori semata-mata, ramai orang mengetahui tentang teori beragama tetapi apabila berdepan dengan realiti mereka lupa teori ini, mereka gunakan teori nafsu manusia dan akal manusia yang tidak ditunjangi wahyu Ilahi. Sebagai contoh apabila kita disakiti dengan segera kita akan berusaha menyakiti orang tersebut malah orang-orang yang disekitarnya yang tak terlibat turut dipalitkan bersama. mana iman dan akhlak kita....
Posted by saharizah at 03:12 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

My Blog List

  • MENCARI CINTA
    Gugurnya air jernih mataku
    11 years ago
  • Pendidikan Islam
    Simulasi Haji (gambar)
    12 years ago
  • PPIM ♥
    LELAKI IDAMAN
    12 years ago

My Blog List

  • Saharizah
    10 months ago

cintai itu anugerah Allah

cintai itu anugerah Allah

mohon cinta Mu

mohon cinta Mu

sentiasa berbuat baik

sentiasa berbuat baik

Allah segalanya

Allah segalanya

Feedjit

Popular Posts

  • Soalan Latih Tubi SPM Tasawwur Islam
    KONSEP KETUHANAN 1.        (a)    (i)     Apakah maksud Rububiyah               (ii)     Nyatakan konsep Rububiyah               (ii)...
  • SIRI 9: FITRAH BERAGAMA
    Fitrah bermaksud "sifat semulajadi" yang ada pada setiap kejadian Allah s.w.t. Contoh matahari dengan sifat semulajadinya yan...
  • KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM
    Assalamualaikum ahli Kualiah Tasawwur Islam. Malam ini saya membicarakan bahagian 1 : KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM. Saud...
  • NABI MUSA A.S
    SIRI 12: NABI DAN RASUL Musa lahir pada zaman kepimpinan Firaun yang zalim. Nama sebenar Musa ialah Musa bin Imran bin Fahis bin '...
  • Soalan Percubaan SPM 2015
    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG 43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR TINGKATAN...
  • KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM SIRI2
    Assalamualaikum sahabat dan semua muridku. Sambungan hurai ayat; Konsep Taawun Dalam Tasawwur Islam: Siri 2 "Tolong menolong perkar...
  • SIRI 11: NABI DAN RASUL
    2. Rasul Ulul Azmi Assalamualaikum sahabat sekelian, dah lama tak menulis dalam Kuliah Tasawwur ini. Alhamdulillah hari ini Allah m...
  • Soalan Percubaan 2015
    Tasawwur Islam Kertas 2 OGOS 2015 2 ½ jam SULIT SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PE...
  • Siri 10: Nabi dan Rasul
    Beriman kepada rasul merupakan salah satu dari Rukun Iman. Untuk menyatakan 'aku beriman kepada rasul' melalui lidah kita adalah su...
  • SIRI 8: SIFAT-SIFAT ALLAH YANG MAHA SEMPURNA
    Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatul lahiwabaratuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Yang Maha Pe...

Blog Archive

  • ►  2015 (3)
    • ►  October (2)
    • ►  August (1)
  • ▼  2014 (6)
    • ▼  December (1)
      • NABI MUSA A.S
    • ►  November (1)
      • SIRI 11: NABI DAN RASUL
    • ►  August (2)
      • KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM SIRI2
      • KONSEP TAAWUN DALAM TASAWWUR ISLAM
    • ►  May (2)
      • Siri 10: Nabi dan Rasul
      • SIRI 9: FITRAH BERAGAMA
  • ►  2013 (12)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  July (8)

About Me

My photo
saharizah
View my complete profile
Picture Window theme. Powered by Blogger.